in

Versus Jam Dibatalkan Akibat Hujan Lebat

Konsert paling hangat tahun ini, VERSUS JAM‘, anjuran HOT FM & TV9 yang dijadualkan pada 8.30 malam, 21 Disember lalu di Setia City Park, Shah Alam, terpaksa dibatalkan atas faktor keselamatan akibat hujan lebat beserta petir.

“Kami akan mengesahkan dan memaklumkan sekiranya sebarang keputusan diambil untuk merakam rancangan ini di satu masa akan datang. Sekiranya masa tidak mengizinkan, maka rakaman bagi program Versus Jam ini akan dibawa ke tahun hadapan,” jelas Cik Sherina Nordin, Pengurus Besar Kumpulan TV3/TV9.

Sehubungan itu, Hot FM & TV9, ingin memohon maaf di atas pembatalan tersebut dan amat berterima kasih kepada pengunjung yang hadir untuk memberikan sokongan kepada kami. Artis yang terlibat dalam VERSUS JAM adalah Hujan, juara Versus musim kedua Manifesto, Kyoto Protocol, Oh Chentaku, Kristal, Hyper Act, ratu rock negara Ella dan Awi Rafael.

Versus Jam

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lana Nordin Biarkan Johan Mencorak Dirinya

Isteri Aaron Aziz Kini Sudah Mula Bertudung