in ,

Jakel Nafi Bina Khemah Secara Haram & Curi Bekalan Elektrik, MBSA Dedah Isu Sebenar

Nampaknya kontroversi yang melanda gedung kain Jakel belum lagi reda, masih lagi diperkatakan sampai ke hari ini, apabila kecoh sejak Rabu apabila MBSA telah merobohkan khemah besar di Pusat Komersial Seksyen 7, Shah Alam.

Berita yang tersebar di laman sosial, katanya, khemah tersebut telah didirikan tanpa kebenaran dan bekalan elektrik juga digunakan secara haram. Kita semua sedia maklum, Pusat Komersial Seksyen 7, Shah Alam sentiasa sesak dengan kenderaan dan ramai orang terutama sekali ketika perayaan Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang tiba. Lokasi tersebut menjadi pilihan orang ramai untuk membeli-belah untuk kelengkapan Hari Raya Aidilfitri. Tidak seperti kebiasaan, tahun-tahun sudah, berpusu-pusu datang membeli kain dan pakaian di Jakel tapi nampaknya tahun ini berbeza sedikit, Jakel dikatakan agak sepi dan berkurangan.  

Rata-rata netizen di media sosial mengatakan, antara sebab tak ramai nak pergi shopping kat adalah sebab Jakel terpalit dengan kontroversi apabila anak pemilik perniagaan Jakel didakwa menghina orang Melayu dan rata-rata pelanggan ingin memboikot perniagaan tersebut.

Jakel Nafi Bina Khemah Secara Haram & Curi Bekalan Elektrik, MBSA Dedah Isu Sebenar

Rabu lalu, pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah memuat naik beberapa keping gambar merobohkan khemah milik Jakel yang terletak di Pusat Komersial Seksyen 7 Shah Alam itu. Menurut Majlis Bandaraya Shah Alam, khemah tersebut telah didirikan tanpa kebenaran dan operasi merobohkan struktur khemah tersebut telah dilakukan oleh kakitangan MBSA.

Dalam operasi itu juga, MBSA telah mendapati struktur tanpa kebenaran menggunapakai bekalan elektrik daripada Pencawang Elektrik TNB berdekatan tanpa kebenaran daripada pihak TNB. Perkara ini dikatakan boleh mengundang bahaya kepada penggunjung. 

Namun, kali ini, pihak Jakel telah tampil menjelaskan perkara sebenar dan mereka menafikan penggunaan elektrik tanpa kebenaran daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB). 

Pengarah Jakel Shah Alam, Mohamed Izani Mohamed Jakel berkata, pihaknya mempunyai meter yang sah dan menafikan dakwaan berlaku kecurian elektrik.

Jakel Nafi Bina Khemah Secara Haram & Curi Bekalan Elektrik, MBSA Dedah Isu Sebenar

Menurutnya, pihak Jakel Shah Alam mempunyai meter yang sah dan pihak Jakel telah membayar bil kepada pihak TNB setiap bulan tanpa gagal. Pihak Jakel percaya berlaku salah faham berkaitan perkara ini.

Dalam paparan bil elektrik terbabit, khemah besar itu menggunakan kurang RM1,000 nilai caj semasa elektrik setiap bulan.

Berhubung khemah didirikan yang didakwa tidak mempunyai kebenaran pihak berkuasa, Mohamed Izani menjelaskan khemah itu bukan milik pihaknya.

Jakel Nafi Bina Khemah Secara Haram & Curi Bekalan Elektrik, MBSA Dedah Isu Sebenar

Menurutnya, khemah tersebut milik sebuah syarikat yang berpangkalan di Johor Bharu, permit untuk menyambung tak dapat ditambah pula dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jadi pihak kontraktor tak sempat untuk runtuhkannya.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang mendakwa struktur elektrik tanpa kebenaran di lokasi itu menggunapakai pencawang elektrik TNB tanpa kebenaran agensi tersebut.

Mohamed Izani Mohamed Jakel yang merupakan pengarah Jakel cawangan Shah Alam turut menyakinkan bahawa mereka ada meter elektrik yang sah. Katanya, Jakel Shah Alam tak pernah miss bayar bil elektrik setiap bulan.

Pengarah Akaun Jakel, Mohd Redza Hamdan menunjukkan bil elektrik yg mengesahkan Jakel mendapat bekalan letrik secara sah dan bukan seperti yg dinyatakan dalam FB MBSA. Bagaimanapun kenyataan yang dimuat naik Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Facebook rasminya diubahsuai beberapa jam kemudian.

Jakel Nafi Bina Khemah Secara Haram & Curi Bekalan Elektrik, MBSA Dedah Isu Sebenar

Dalam pada itu Jakel turut menafikan struktur elektrik dibina tidak mengikut spesifikasi dan boleh mengundang bahaya. Katanya, struktur elektrik berkenaan dibuat mengikut spesifikasi dibenarkan beroperasi oleh TNB.

Syarikat tekstil Jakel Trading Sdn Bhd (Jakel) menyerahkan isu perobohan khemah besar miliknya di Seksyen 7, Shah Alam oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), semalam kepada peguamnya. Pengarah Pemasaran Jakel, Azlan Abu Bakar, berkata syarikat itu akan mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan perkara itu dalam masa terdekat.

Peguam Jakel sudah ambil maklum dan sedang menguruskan isu ini. Jakel akan keluarkan kenyataan rasmi tidak lama lagi. Pihak berkuasa juga sedang menyiasat perkara ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan MBSA merobohkan khemas besar milik Jakel yang menjadi lokasi syarikat itu mengadakan bazar jualan pada setiap tahun, khususnya menjelang Aidilfitri.

Jakel Nafi Bina Khemah Secara Haram & Curi Bekalan Elektrik, MBSA Dedah Isu Sebenar

Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA dalam satu kenyataan semalam memaklumkan, sebanyak empat Notis Amaran Kesalahan sudah dikeluarkan kepada Jakel sejak 2015 sebelum tindakan perobohan itu dilakukan kerana gagal patuhi arahan pihak berkuasa sebelum tindakan perobohan dilakukan MBSA.

Kenyataan itu juga memaklumkan bahawa semakan MBSA juga mendapati syarikat tekstil itu tidak mempunyai lesen perniagaan untuk beroperasi di tapak berkenaan.

Sementara itu, sumber memaklumkan tapak khemah itu adalah milik Jakel yang dibeli sejak beberapa tahun lalu, manakala dakwaan Jakel mencuri elektrik daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) adalah tidak benar.

“Memang ada sambungan daripada pencawang TNB secara sah yang Jakel bayar setiap bulan tanpa gagal,” katanya.

Apa pendapat korang, yang mana satu betul ni? MBSA ke Jakel yang betul? Pening pulak.  Apa-apa pun, semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan baik. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cara Kumpulan Ormond & AirAsia Hargai Barisan Hadapan di Hospital Kuala Lumpur

RIUH Raya Rumah Meriahkan Aidilfitri 2020