in , ,

Jaga Bahasa, Hafeez Mikail Tegur Cara Naim Daniel Beri Teguran Pada Ejen Insurans

Pelakon Hafeez Mikail tampil menegur cara penyanyi Naim Daniel yang baginya, agak keterlaluan dan kasar dalam memberi nasihat dan teguran.

Kata Hafeez, Naim perlu lebih berhati-hati dalam memberi pandangan dalam sesuautu isu agar tidak menggoreskan hati orang lain.

Ini berikutan teguran Naim yang kononnya kebanyakan ejen insuran sering mengambil kesempatan terhadap kematian selebriti sehingga memberi gambaran mereka yang bekerja dalam bidang itu sebagai seorang yang berniat jahat dan tiada perikemanusiaan.

Ujar Hafeez lagi, Naim seharusnya lebih sensitif apabila berkata-kata.

Saya tak setuju dengan penggunaan bahasa yang digunakan Naim di hujung kenyataan itu iaitu ‘korang memang hilang manusia dalam diri’. Bahasa itu tidak sesuai dan ia menampakkan yang ejen insuran ini macam jahat. Saya kenal dan percaya Naim seorang yang bijak..sepatutnya dia boleh guna ayat yang lebih sesuai.

– Hafeez Mikail

Terdahulu, Naim memberi amaran kepada mana-mana ejen insuran agar tidak menggunakan berita kematian Allahyarham Siti Sarah untuk bercerita mengenai hibah atau insuran.

“Suara selebriti ini sangat kuat..jadi saya harap dia gunakan bahasa yang lebih sesuai. Saya muat naik video itu bukan nak bergaduh dengan dia tapi sekadar ingin beri penjelasan.”

– Hafeez Mikail

Hafeez yang kini bekerja dalam bidang insuran kemudian tampil berkongsi video seorang individu yang menjelaskan tindakan mereka berbuat demikian adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tak Berani Keluar Rumah, Zizan Razak Trauma 24 Ahli Keluarga Positif COVID-19

Meer Nash Bawa SERIBU TAHUN Ke TikTok