in , ,

Jadi PA Je Pun, Macamana Boleh Kaya? Ini Penjelasan Iqbal dari RM500 Jadi Jutawan

Berjaya dalam dunia perniagaan tidak semudah yang disangka, walaupun ramai yang mempertikaikan bagaimana dari kerjaya menjadi seorang pembantu dan hanya ada RM500, Iqbal menjadi kaya raya dan bergelar jutawan.

Nama lelaki berusia 27 tahun ini kembali hangat diperkatakan ekoran niatnya mahu memperisterikan jutawan kosmetik terkenal, Dato’ Seri Dr. Hajah Vida. Ahmad Iqbal Zulkefli rupanya dalam diam telah mempunyai perniagaan sendiri iaitu produk penjagaan kulit, Iba Skin Care dan minyak wangi di bawah label, Iba Perfumes.

Mesra disapa Iqbal dan pernah menuntut di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dalam penulisan kreatif, lelaki ini baharu saja membina empayar perniagaan selama empat tahun. Dalam masa yang singkat itu, usahawan ini berjaya membuktikan kejayaannya dengan memiliki jam tangan mewah yang dibeli secara tunai.

Lelaki yang berjaya mengetuk pintu hati Dato’ Seri Dr. Hajah Vida ini telah membeli dua buah jam berjenama Hublot di sebuah pusat beli belah di ibu kota berharga mencecah RM550,000 secara tunai.

Iqbal Jawab Isu Vida, Tular Jam Mewah

Salah satu jam dibeli dengan harga RM400,000 dan jam kedua, bernilai RM150,000. Ketika itu premis kedai jam mewah itu ditutup selama tiga jam untuk memberikan laluan kepada staf butik jam melayannya.

Imbas kembali jejak langkah pertama anak ketiga daripada lapan beradik yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan ini dalam Berjaya dalam dunia perniagaan tidak semudah yang disangka, walaupun ramai yang mempertikaikan bagaimana dari kerjaya menjadi seorang pembantu dan hanya ada RM500, Iqbal menjadi kaya raya dan bergelar jutawan. . Bermodalkan dengan hanya RM500 saja, Iqbal berjaya buktikan semangat dan tekadnya dalam perniagaan.

“Masa teroka perniagaan produk kecantikan kulit, saya buka pra tempahan dengan menjual set berharga RM100. Masa itu saya tak menyangka dalam 1600 orang nak beli dan RM160,000 berjaya dikumpul.

Tahun lalu, saya jual minyak wangi dari Perancis pula dengan harga dua botol RM170. Ia mesra wuduk. Pernah dalam sehari saya mencatat jualan dalam RM300,000 tanpa menggunakan khidmat agen dan stokis.

Saya lebih fokus kepada peruncitan dan mempromosikan produk di kaca TV. Dalam tempoh setahun itu juga, jualan minyak wangi berjaya dijual sekitar anggaran 70,000 botol dengan keuntungan tak kurang RM10 juta. Saya nak sasar RM20 juta atau lebih pula selepas ini,” katanya.

Iqbal Kongsi Moment Sebelum Ke Alam Perkahwinan Siap Buat Janji Ini

Bakal mendirikan rumah tangga Disember ini, bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida iaitu Ahmad Iqbal meminta jutawan kosmetik itu berterus terang dengan anak-anak mengenai perkara itu.

Pemuda berusia 27 tahun itu berkata, dia bimbang seandainya Vida merahsiakan perkara itu boleh menggangu em0si kedua anak-anaknya iaitu Cik B dan Kacak.

“DSV kena terus terang tentang hubungan kita ini, dari awal saya minta dia jujur cerita dekat keluarga sebab saya dah main perasan dan dia juga kena main peranan sebagai ibu.

“Sejak dulu lagi DSV tak terbuka berkongsi dengan anak-anak mengenai hubungan kami. Sepatutnya jujur sahaja dengan Cik B tak perlulah sampai kant0i mesej sayang-sayang dulu.

“Saya kasihankan Cik B. Saya faham dia dalam dil3ma kerana perlukan perhatian ibu kerana pernah melalui sejarah masakecil berbeza dengan remaja lain sebab itu saya kena fikir perasaan dia juga,” katanya.

Iqbal berkata dia mempunyai hubungan baik dengan kedua anak Vida dan sering bertanya khabar. Namun, sejak kebelakangan ini Cik B berubah sikap dan kurang bercakap sejak g0sip ibunya tular.

“Saya dengan Cik B memang baik, tiada sebarang masalah sejak dulu lagi cuma sejak kebelakangan ini dia banyak mendiamkan diri.

“Kalau dulu timbul g0sip tentang saya dan ibunya, dia akan mar4h tapi kali ini dia diam sahaja. Bila dia terlalu diam pun saya takut juga.

“Sebelum ini saya ada mesej dia tapi tak berbalas. Saya dah bincang dengan Vida katanya dia perlukan sedikit masa. Sejujurnya ini salah satu perkara yang saya risau, penerimaan anak-anak terhadap saya,” katanya.

Mengulas mengenai majlis perkahwinan, Iqbal berkata mereka akan berkongsikan lebih lanjut tidak lama lagi. Ujarnya mereka sudah ada beberapa tarikh, lokasi dan tema perkahwinan.

ULANG TAHUN 27 BERSEJARAH – Detik Sebelum ke Alam Perkahwinan @datoserivida

12 September 2021 genap usia saya 27 tahun. Saya hanya harapkan doa dari kalian semua agar segalanya terjadi dengan baik. Saya akan berkahwin dan menggalas tanggungjawab, amanah yang sangat besar.

Terima kasih kalian semua yang sudi mendoakan saya. Terima kasih semua yang pernah berbuat baik kepada saya. Terima kasih staf-staf Dato Seri Vida mempertemukan kami semalam.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fesyen Travel Trending | 23

Meraikan Wira-Wira Malaysia Yang Tak Didendang Bersama Grab

Samsung | 24

Kamera Utama Samsung Galaxy A22 5G Menerima Skor DxoMark Sebanyak 89 Mata