in ,

Jaclyn Victor Lebar Sayap Ke Hollywood

Biduanita terkemuka tempatan, Jaclyn Victor bakal melakar satu lagi kejayaan dalam kerjaya prolifik beliau melalui pengeluaran lagu terbarunya “Remedy” yang akan diedarkan melalui lebih 80 platform digital mulai 10hb Julai 2014.

[pullquote]Penyanyi versatil dan berbakat besar ini telah merakamkan lagu pelbagai genre muzik di dalam pelbagai bahasa. Beliau mula meraih populariti apabila merangkul gelaran juara Malaysian Idol pada tahun 2004. Selama sedekad, Jaclyn telah berjaya membina kerjayanya dengan memenangi pelbagai anugerah di dalam bidang nyanyian dan lakonan.[/pullquote]

Single “Remedy” juga bakal membawa dimensi baru bagi hala tuju muzik Jaclyn. Dengan gabungan melodi dan lirik arus perdana “Pop”, penyampaian vokal ala “R&B” dan susunan muzik EDM (electronic dance music); “Remedy” mempunyai elemen “hit single” dan pelan komprehensif telah disusun rapi oleh KRU Music untuk memasarkan lagu ini dipersada antarabangsa.

Sebagai permulaan, Jaclyn akan berada di Los Angeles, California dari 5hb hingga 13hb Julai 2014 untuk memperkenalkan lagu tersebut melalui pelbagai siri pertunjukan pentas serta temuramah media. Program selama seminggu ini adalah siri promosi yang pertama didalam pelbagai aktiviti promosi susulan diperingkat antarabangsa yang dirancangkan oleh pihak pengurusan label.

“Remedy” adalah salah satu single daripada album berjudul “Unleashed” yang akan berada di pasaran pada September 2014. Diterbitkan oleh penerbit/komposer prolifik yang telah memenangi pelbagai anugerah, Edry Abdul Halim, album ini turut menampilkan 4 lagi single yang bakal menjadi hit seperti “Pinnacle”, “Sweeter Than A Dream”, “Over And Over” and “Delirious”. Album ini telah dirakamkan sepenuhnya di Kuala Lumpur; proses adunan dan “mastering” telah dibuat di Los Angeles.

Jaclyn Victor

“DKNY outfit sponsored by Club 21 Malaysia”

REMEDY

My sight’s amiss oh-oh!
I can see nobody but you
It’s hard to breathe oh-oh!
Like a respiratory disease
I start trembling
When you step into the room
My heart steps up a beat
I have all the symptoms of you…

I need a remedy
Get me a doctor
I need remedy
I start to quiver
I need a remedy for you

It’s getting serious
My friends say that I’m critical
I get delirious
Bewildered and irritable
I start trembling
When you step into the room
My heart steps up a beat
I have all the symptoms of you…

I need a remedy
Get me a doctor
I need remedy
I start to quiver
I need a remedy for you

I don’t think I’m pulling through…
I need remedy

There’s nothing I can do
I am hooked on you
I’m burning up inside
The heat of my desire

Artis : Jaclyn Victor
Label : KRU Music Sdn Bhd
Melodi : Edry Abdul Halim (DD Music Sdn Bhd)
Lirik : Yusry Abdul Halim (KRU Music Sdn Bhd)

Jaclyn Victor

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Melodi Bakal Umum Pengacara & Set Baru

Noraniza Idris, Razis Ismail & Azmir Arif Lancar Lagu Raya