in , ,

Jaclyn Victor Juara Gegar Vaganza 9, Bawa Pulang Wang Tunai RM100,000

Selepas 11 minggu berentap, penyanyi bersuara lantang Jaclyn Victor menepati ramalan apabila diumumkan sebagai juara Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9).

Jaclyn Victor dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) di pentas akhir acara berkenaan sebentar tadi, lalu membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000, pakej percutian ke Paris, Perancis, pakej penginapan di Royale Chulan Cherating beserta trofi GV9.

Tempat kedua dan ketiga disandang oleh Bob Yusoff dan Shila Amzah. Masing-masing membawa pulang wang tunai RM50,000 dan 30,000 beserta trofi.

Bob dan Shila juga menerima hadiah pakej percutian di Dubai & Abu Dhabi (Bob) dan Seoul, Korea (Shila), serta penginapan di Royale Chulan Damansara (Bob) dan Royale Chulan Pulau Pinang (Shila).

Sementara, tempat keempat hingga keenam jatuh kepada Tomok, VE, dan Hazrul Nizam yang masing-masing membawa pulang RM20,000, RM15,000, dan RM10,000.

Mereka juga menerima hadiah pakej percutian di Chiang Mai, Thailand dan penginapan Royale Chulan Seremban (Tomok), pakej percutian ke Dalat, Vietnam dan penginapan di Royale Chulan Kuala Lumpur (VE), masing-masing beserta trofi.

Meskipun di tempat keenam, Hazrul juga menerima pakej percutian ke Jakarta, Indonesia beserta trofi GV9.

Pentas akhir GV9 menyaksikan setiap finalis berentap dalam dua pusingan iaitu solo dan battle. Jaclyn menyanyikan lagu Its All Coming Back To Me Now dan This Is Me dalam pusingan pertama diikuti The Real Slim Shady dan Sang Saka Biru bersama kumpulan VE dalam pusingan kedua.

Edry Abdul Halim diundang selaku juri jemputan bagi bergandingan dengan barisan juri tetap Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

Dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Elly Mazlein, GV9 telah bersiaran secara langsung dengan berjaya dan meriah selama 11 minggu dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam.

Tahniah diucapkan kepada Jaclyn Victor dan semua finalis GV9!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Busana ‘Riben Gergasi’ Elly Mazlein di GV9 Curi Perhatian Penonton

Heo Sungtae

Disney Content Showcase Himpunkan Bintang Hiburan Top Asia di Singapura