in ,

Jaclyn Victor Bercerai

Selepas lima tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi, Jaclyn Victor, 41, bercerai dengan vokalis kumpulan R&B antarabangsa, AZ Yet, Shawn Rivera.

Berita sedih itu diumumkan sendiri oleh Shawn, 48, menerusi perkongsian di laman Facebook miliknya, sebentar tadi.

Tidak berhasrat untuk mendedahkan punca perceraian dengan penyanyi yang terkenal dengan lagu Gemilang itu, Shawn sebaliknya berkata, biarlah mereka sahaja tahu apa sebenarnya berlaku.

“Sebagai selebriti, tidak dinafikan kami terdedah dengan pelbagai tanggapan masyarakat dan menjadi amalan manusia untuk menilai, menuding jari dan mengkritik orang lain tanpa mengetahui kedudukan sebenar.

“Justeru, tidak perlu untuk kami membuka pekung di dada atau memburukkan antara satu sama lain kerana kesannya nanti menimpa anak kami yang tidak berdosa,” tulisnya.

Menurut artis berasal dari Pennsylvania, Amerika Syarikat itu lagi, bukan mudah bagi mereka berdua membuat keputusan untuk berpisah.

“Kami sudah cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan perkahwinan, namun hakikat tinggal berjauhan dalam tempoh cukup lama membuatkan masing-masing agak sukar untuk menyesuaikan diri dengan situasi berbeza ini.

“Walaupun berpisah, kami takkan sekali-kali mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu dan bapa. Kami akan kekal komited memberikan yang terbaik buat kedua-dua anak kami supaya mereka menjadi insan berguna apabila dewasa kelak.

“Apapun yang berlaku antara saya dan Jac (Jaclyn), saya tetap menyayangi mereka. Melihat senyuman mereka, terubat segala rasa sedih dan patah hati yang saya lalui ketika ini,” ujarnya.

Penyanyi berkenaan turut memohon semua pihak supaya menghormati situasi mereka ketika ini dan meminta agar masing-masing tidak diganggu.

Pasangan selebriti itu berkahwin di sebuah gereja bersejarah di Philadelphia pada 19 Julai 2014.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Jonah Joshiah Rivera, 5, dan Molly Marguerite Rivera, 3.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siti Nurhaliza 1 | 17

Selamat Hari Jadi Ke-41 Buat Dato Sri Siti Nurhaliza

Harris Baba | 18

Harris Baba Peserta Pertama Tersingkir di Pentas DANSA DAN SING