in , ,

Jackie Chan Ke Malaysia Tahun Depan Untuk Shooting Filem

BINTANG filem ternama Hong Kong, Jackie Chan menyatakan minatnya untuk menjalani penggambaran sebuah filem di Malaysia pada 2024.

Beliau yang turut menempa kemasyhuran di Hollywood secara peribadi sangat merindui Malaysia dan begitu teruja untuk kembali lagi ke sini.

“Saya yakin penonton di Malaysia akan mengalu-alukan saya menjalani penggambaran di sana (Malaysia). Sebetulnya, sudah ada jalan cerita (filem) yang akan  menjalani penggambaran di sana.

“Penerbit juga sudah mengenal pasti beberapa lokasi di Malaysia. Jika semua perkara berjalan lancar berdasarkan rancangan, kami akan melakukan penggambaran filem di sana,” kata Jackie seperti dilaporkan portal berita The Star.

Pelakon berusia 68 tahun itu berkata demikian dalam wawancara eksklusif di Beijing, China sempena filem baharu lakonannya, Ride On yang akan ditayangkan tidak lama lagi.

Dalam wawancara itu, beliau turut berseloroh memberitahu tidak akan ‘meletupkan’ tempat atau melakukan aksi ‘terbang’ bangunan kali ini dalam lakonan terbaharunya kelak.

Sekalipun tidak berkongsi panjang lebar mengenai filem yang belum memiliki tajuk itu, Jackie, bagaimanapun, memaklumkan, ia bukan filem bergenre aksyen.

Kali terakhir Jackie menjalani penggambaran di Malaysia ialah pada tahun 1991 iaitu filem aksyen Supercop yang turut menampilkan pelakon kelahiran Malaysia yang juga pemenang Oscar, Tan Sri Michelle Yeoh.

Ketika penggambaran filem berkenaan berlangsung, beberapa jalan sekitar Dataran Merdeka teah ditutup.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Respon Win Siti Nurhaliza Kepada Aliff Syukri Buat Ramai Terhibur

Bakal Undang Air Mata, Syahmi Sazli Tampil Karya Terbaharu 6 April Ini