in , ,

Jaa Suzuran Bertanding di The Amazing Sunway City Challenge

Seramai 10 pengaruh (influencer) terkemuka Asia dari 10 negara akan berganding bahu untuk mempersembahkan keupayaan mereka di dalam “The Amazing Sunway City Challenge” di Sunway City Kuala Lumpur.

Semoga sukses buat semua influencer dan selebriti yang terlibat dengan The Amazing Sunway City Challenge. Mereka ialah Jaa Suzuran dari Malaysia, Medyo Maldito (Filipina), RJ Abhinav (India), Michelle Joan (Indonesia), Matthew Stewart (Singapura), Ironbull (Taiwan), SorDor Style (Thailand), Gong Yi (China), Hong Young Gee (Korea Selatan) dan Hadia Ghalebhave (Mesir) yang akan menjadi peserta program realiti penuh aksi ini.

Pic 1 10 Kols From All Over Asia Ready To Take On The Amazing Sunway City Challenge
10 KOLS FROM ALL OVER ASIA READY TO TAKE ON THE AMAZING SUNWAY CITY CHALLENGE

Selebriti Media Social Terkemuka Asia Berentap Di Sunway City Kuala Lumpur

Pempengaruh ini, yang memiliki seramai 25 juta pengikut secara keseluruhan, akan bertarung di sekitar lokasi utama Sunway City untuk memenangi hak sebagai juara “The Amazing Sunway City Challenge,” mata Sunway Pals bernilai RM25,000 dan sebuah telefon pintar Samsung Galaxy Note9. 

Pic 3 10 Kols From Asia Battling It Out To Win The Mini Challenge During The Exclusive Media Preview
10 KOLS FROM ASIA BATTLING IT OUT TO WIN THE MINI CHALLENGE DURING THE EXCLUSIVE MEDIA PREVIEW

Pempengaruh berbakat besar, Jenn Chia dari Malaysia akan mengacara program ini.

“Penonton akan dapat meneroka tarikan di Sunway City Kuala Lumpur menerusi video dan perutusan media sosial dan akan terhibur dengan gelagat pempengaruh yang sedang bertarung. Penonton juga boleh menyerta peraduan yang akan dilancarkan di dalam empat episod web (webisodes). Sejajar dengan kehidupan hari ini yang tersambung secara dalam talian, pengguna media sosial dapat melangkaui sempadan yang membolehkan kita mendekatkan lagi dunia.”

– Ketua Pegawai Eksekutif Kompleks Beli-belah Sunway dan Taman Tema, HC Chan

“Ini adalah satu daripada program realiti yang paling menarik yang pernah dicipta oleh WebTVAsia kerana ia mempertemukan pempengaruh paling popular di seluruh Asia di satu daripada destinasi yang paling menarik di Malaysia.”

– Pengasas dan CEO Kumpulan WebTVAsia, Fred Chong

Penonton boleh menjangkakan pempengaruh mengharungi aktiviti-aktiviti mencabar termasuk Vuvuzela, gelongsong air terbesar dunia di Sunway Lagoon, dan bertarung di gelanggang ski ais Sunway Pyramid, antara tarikan yang disediakan.

“The Amazing Sunway City Challenge” juga ditaja oleh Samsung Electronics Malaysia dan Grab Malaysia. Empat episod web ini akan ditayang pada Februari 2019. Program ini akan ditayangkan di SAYS.com, penyiar web rasmi Malaysia, IDN Times, ET Today, Line.tv, LUVE, platform rasmi media sosial Sunway City dan WebTVAsia. Bertambahan dengan pengikut-pengikut para pempengaruh, episod web ini akan menjangkau lebih daripada 54 juta orang di web seluruh dunia. 

“Kami amat berbesar hati untuk berganding bahu bersama WebTVAsia dalam acara The Amazing Sunway City Challenge yang akan membawa keriangan kepada para penonton di wilayah ini. Kami amat teruja untuk melihat bagaimana para peserta menampilkan kreativiti mereka untuk memenangi cabaran ini.”

– Elaine Soh, Ketua Pegawai Pemasaran Samsung Malaysia Electronics

Sunway City merupakan salah satu destinasi wajib dikunjungi di Malaysia yang menawarkan kemudahan menyeluruh dengan pelbagai tarikan seperti hiburan, percutian dan riadah, diintegrasi di dalam kawasan seluas 800 ekar. Dengan kunjungan melebihi 42 juta setiap tahun, tanah yang dahulunya terbiar kini ditransformasikan sebagai pusat daya tarikan pelancong.

Antaranya ialah taman tema Sunway Lagoon yang telah dinobatkan sebagai Tarikan Terbaik Asia, pusat membeli-belah Sunway Pyramid dan beberapa buah hotel Sunway dengan anggaran jumlah bilik sebanyak 1500 unit. Sunway City juga dirangkumi oleh kemudahan pendidikan and kesihatan yang bertaraf antarabangsa telah dinamakan bandar lestari bersepadu yang pertama di Malaysia yang disahkan oleh Green Building Index.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bapa Tomok Meninggal Dunia

Betul Ke Ippo Hafiz Kahwin Senyap-Senyap?