in ,

Bapa Tomok Meninggal Dunia

Salam takziah Budiey ucapkan buat Tomok sekeluarga yang telah kehilangan bapa tercinta. Sama-sama kita doakan semoga arwah bapa Tomok ditempatkan di kalangan insan beriman.

Ayah kepada penyanyi Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, telah menghembuskan nafas terakhir pada petang Sabtu. Dikhabarkan bapa Tomok yang bernama Ismail Salam berusia 62 tahun meninggal dunia kira-kira pukul 3.30 petang pada Sabtu selepas setahun diserang penyakit angin ahmar. Al-Fatihah…

Bapa Tomok Meninggal Dunia
Salam takziah…. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah.

Berita sedih itu dimaklumkan sendiri oleh Tomok dan kakaknya yang juga penyanyi Isma AF7 menerusi Instagram masing-masing.

“Perginya ayahanda kami mengadap Ilahi Ismail Bin Salim. Ya Allah Kau ampuni dosa-dosa ayahku.

“Kau tempatkan ayahku dalam kalangan orang-orang yang beriman di sisiMu. Selamat jalan ayahku,”

– Isma

Dalam pada itu, Isma memberitahu dia bersyukur kepada Allah kerana diberi kesempatan menjaga bapanya sehingga akhir nafasnya.

“Terima kasih Allah, Kau beri kami peluang menjaga ayah sehingga akhir nafas ayah.

“Tanty sayang ayah. Semoga Allah izinkan kita berjumpa lagi ayah.

– Isma

Ismail meninggalkan seorang isteri, enam anak dan 15 cucu.

Sementara itu, Tomok memaklumkan jenazah bapanya dikebumikan Masjid Alam Damai, Cheras, Kuala Lumpur malam ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Festival Light & Motion Putrajaya 2018

Jaa Suzuran Bertanding di The Amazing Sunway City Challenge