in , ,

Ini Taktik Izzue Islam Menang Tempat Ke-2 Super Spontan Xtravaganza

Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Yang penting, kena banyak belajar dan sentiasa bertanya kalau tak tahu. Jangan nak tunjuk pandai je kan?

Untuk menang dalam sebarang peraduan atau pertandingan, kita kena ada strategi tersendiri. Kena ada formula macamana untuk menang hati juri. Kena ada cara dan taktik untuk menangkis pihak lawan yang lebih berani. Betul tak?

Budiey nak ucapkan tahniah buat Izzue Islam yang menang tempat ke-2 di SUPER SPONTAN XTRAVAGANZA. Berbaloi masuk program macam ni sebab ia seperti sebuah akademi untuk belajar bagaimana berfikiran secara kreatif dalam situasi yang diberikan secara spontan.

Bukan perkara yang senang untuk buat lawak secara spontan ni. Silap-silap takde seorang pun ketawa dan terhibur dengan jenaka hambar tu. Itu yang dirisaukan oleh Izzue Islam.

Seperti juga dengan selebriti popular, Izzue Islam apabila dirinya terpilih untuk menyertai SUPER SPONTAN XTRAVAGANZA. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Yang penting, kena banyak belajar dan sentiasa bertanya kalau tak tahu. Jangan nak tunjuk pandai je kan?

“Kejayaan ini untuk semua peminat yang banyak memberi sokongan dan kekuatan.”

– Izzue Islam

Bak kata Izzue Islam, dia bertuah sebab dikelilingi dengan pelawak-pelawak yang bertaraf otai yang tak kedekut ilmu. Tak bila banyak bertanya tu, kekadang mereka ni rimas la jugak kan. Itu pentingnya, praktis. Ilmu ada tak guna kalau tak dipraktikkan.

“Jika tak cuba kita tak tahu kebolehan kita. Dengan menyertai cabaran macam ni, kita dapat berfikir dengan cepat dan lebih peka dengan orang sekeliling kita.”

– Izzue Islam

Persembahan yang spontan di malam final pada hari Jumaat lalu banyak mengajar Izzue Islam cara untuk menghiburkan secara selamba. Banyak game yang mencabar tapi bagi Izzue ada dua cabaran yang sangat sukar. Paling best, Izzue suka game album kompilasi dan tukar siaran.

Syabas Izzue. Selepas ini, minggu depan Izzue akan bersama Forteen untuk berjuang dalam program GEGAR VAGANZA pulak. Good luck Izzue Islam!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert AFGAN Dekade Live In Kuala Lumpur 2018

Filem Seram Romantis – LANGSUIR Cecah Kutipan RM1 Juta