in ,

Izreen Azminda Hos Program Motivasi Kekeluargaan LAYAR KASIH

Program majalah motivasi kekeluargaan terbaharu, “Layar Kasih” yang sedang bersiaran menerusi saluran TVi menjadi tarikan untuk penonton setia RTM. Menampilkan pelakon Izreen Azminda sebagai pengacara, program 13 episod ini memperincikan isu yang realitinya berlaku dalam perjalanan hidup berumahtangga.

Disiarkan setiap Ahad, pukul 11.00 pagi, program motivasi ini mengetengahkan beberapa segmen menarik yang mengundang tetamu dalam pelbagai bidang berbeza termasuklah selebriti, pakar motivasi kekeluargaan dan tetamu dalam bidang agama dalam mengupas isu-isu kekeluargaan antaranya hak penjagaan anak setelah ibu bapa berpisah, bahagia hingga ke jannah dan termasuk juga perkongsi paparan kisah penderaan dalam rumahtangga.

Izreen Azminda tonjol bakat sebagai pengacara program motivasi kekeluargaan

Selebriti yang diundang berkongsi kisah dan pengalaman dalam sesuatu isu yang dipilih termasuklah pelakon Zarina Zainuddin, Norman Hakim, Watie Sadali, Acong Sweetchild dan Riezman Khuzaimi.

Perbincangan dan kupasan terhadap tajuk tertentu kemudiannya cuba dicari jalan penyelesaiannya dengan mengundang kaunselor rumahtangga. Ia secara tidak langsung membuka ruang dan peluang kepada penonton berkongsi ilmu dan pendekatan sesuai diambil sekiranya realitinya kes tersebut berlaku dalam diri mereka sendiri atau pun individu terdekat. Kaunselor undangan bakal memberi motivasi antaranya Hajah Aniz Hj. Anwar, Zaid Mohamad dan Ustaz Ebit Liew.

Tanpa mengetepikan peranan agama dalam menyumbang kepada mencari jalan penyelesaian masalah atau isu, segmen terakhir mengundang Ustazah Dr. Robiah Hamzah, Ustaz Mohd Hariri Mohamad Daud dan Ustaz Salman Maslori. Bersama-sama tetamu undangan mengajak penonton supaya muhasabah diri kerana ia secara tidak langsung dapat melatih diri supaya tenang dan redha dalam kehidupan seharian sekaligus dapat membimbing keluarga masing-masing ke arah kebaikan.

Luangkan masa anda berkongsi tip berguna untuk diaplikasikan dalam melayari kehidupan berumahtangga dalam program “Layar Kasih” di TVi.

Izreen Azminda menemubual Zaid Mohamad pakar motivasi kekeluargaan

poster program Layar kasih

promo Layar Kasih

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Sinopsis Telefilem KARLISA Lakonan Ruhainies

Pameran Seni #JungleLife Sempena Filem THE JUNGLE BOOK