in , ,

Isu Video Onani, Pengurusan Aiman Tino Cari Jalan Terbaik

Penyanyi Aiman Tino menyatakan pihak pengurusannya kini sedang mencari jalan terbaik berhubung isu sebuah video sedang beronani yang sudah mula viral.

Aiman menerusi laman Instagramnya berkata, dia berharap agar isu berkenaan tidak dipanjangkan dan akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya ia terus dibangkitkan.

Aiman-Tino-1

“Berhubung isu yang sedang tular, Aiman dan pihak pengurusan sedang memuktamadkan jalan terbaik bagi memastikan isu ini dapat diselesaikan dengan segera dan tidak berlarutan.

“Diharapkan isu ini tidak dipanjangkan lagi dan tindakan undang-undang bakal diambil jika ada pihak cuba membangkitkan semula sehingga menjadikannya berlarutan,”

– Aiman Tino via Instagram
Aiman Tino

Menurut Aiman, dia juga memohon maaf kepada semua pihak terutama teman media yang telah banyak membantu karier seni dan menzahirkan rasa terima kasih yang tidak berbelah bahagi terhadap sokongan dan keprihatinan terhadap kariernya.

“Kepada peminat setia, terima kasih atas nasihat serta sokongan berterusan anda. Aiman sayang ada semua,”

– Aiman Tino

Semoga masalah ini dapat diselesaikan dengan baik dan profesional.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Giliran Filem PASKAL Ditayangkan di Netflix

Didakwa Jadi Broker Pelacur, Kontrak Seungri Ditamatkan