in

Isu Tangkap Khalwat Tunang Shahz Jaszle Mahukan Penjelasan

[dropcap]B[/dropcap]akal isteri kepada pelakon Shahz Jaszle, Redzwani Puteri mengesahkan dia bukanlah wanita yang ditangkap khalwat oleh Bahagian Penguatkuasaan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) bersama aktor kacak itu di Apartment Taman Sri Subang pada jam 3.30 pagi, Khamis lalu.

shahz jaszle

Malah, gadis yang mesra dipanggil Wani itu mengakui terkejut selepas mendapat tahu tentang berita tersebut.

“Saya terkejut apabila diberitahu oleh seorang wartawan malam semalam mengenai Shah Jaszle yang ditangkap khalwat kerana saya sendiri tidak mengetahui apa-apa tentang berita itu. Rasa seperti tidak percaya pun ada kerana pada petang Rabu iaitu sebelum dia ditangkap khalwat, ayahnya ada menelefon saya bertanya khabar dan dia beritahu ketika itu Shahz ada di rumah. Sebenarnya saya pun tak sempat lagi berjumpa apatah lagi bercakap dengannya. Cuma saya sempat telefon dia malam semalam ketika dia sedang tidur dan dia hanya beritahu berita itu tidak benar.”

Wani memberitahu walaupun mendapat pelbagai reaksi dan kritikan dari peminat-pemiat tunangnya itu, dia masih boleh bertenang menerima berita tersebt dan masih sabar untuk menunggu penjelasan Shahz.

Dia mahu memberi peluang kepada kepada pelakon itu untuk beri penjelasan sebelum dia membuat apa-apa keputusan mengenai pertunangan mereka. Menurut Wani, Shahz kini sedang menjalani penggambaran dan dia berjanji untuk menjelaskan segalanya nanti. Wani baru saja menamatkan pengajian ijazah kedoktoran di Management and Science University (MSU) Shah Alam dan kini bertugas sebagai di Hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang sejak Oktober lalu.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 8 Disember tahun 2012.

Pelakon Sharizal Jaszle Sah Bertunang Dengan Redzwani Puteri

SHAHZ JASZLE

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Karnival Seni Kreatif Kita di Pasir Gudang

Gambar Bayi Perempuan Anak Shuib Sepahtu & Sarah Raisuddin