[dropcap]B[/dropcap]udiey nak ucapkan tahniah buat pelawak paling sempoi, Shuib Sepahtu dan isteri Siti Sarah Raisuddin yang selamat menyambut kelahiran anak kedua mereka jam 4.46 petang pada 17 Mei 2013 yang lalu.
Alhamdulillah, rezeki Shuib dan isteri, Siti Sarah Raisuddin dikurniakan baby perempuan yang seberat 3.6 kilogram itu berada di dalam keadaan sihat.. Kiranya dah complete yang sulung lelaki, yang kedua perempuan. Syukurlah. Mereka mempunyai seorang anak lelaki, Uwais Alqarni yang berusia 17 bulan.
Shuib tidak berasa gentar apabila menyaksikan sendiri dan merakamkan proses kelahiran anak keduanya yang dilahirkan secara pembedahan di Hospital Ampang Puteri, Beliau berkata, dia sangat gembira dapat menyaksikan sendiri anak yang diberi nama Dzahira Talita Zahra itu dilahirkan dan menemani isterinya, penyanyi Siti Sarah Raisuddin di dalam bilik pembedahan.
“Dari anak pertama lagi saya nak masuk dan lihat sendiri bagaimana proses isteri melahirkan anak kami tetapi doktor tidak benarkan. Alhamdulillah kali ini doktor yang sama menyambut anak pertama dahulu membenarkan saya masuk ke dalam bilik pembedahan. Walaupun Sarah terpaksa melakukan pembedahan kerana saiz bayi yang agak besar saya sedikit pun tidak gentar untuk melihat dan merakamkan proses itu malah sangat bersyukur.”
Budiey.com ingin ucapkan tahniah kepada Shuib dan isteri atas kelahiran anak kedua nie. Semoga membesar menjadi kelakar dan comel macam Shuib dan Sarah.
kecik kecik lagi dah pandai senyum…. tuahnya ibu bapanya kerana dapat seorang bayi yang comel, cukup sifat dan cerdik… syukur. Kepada syuib, tahniah kerana menjadi seorang suami mithali menemani isteri pada saat cemas, duka dan lara. Semoga mendapat kerahmatan dan perlindungan dari Allah swt hendaknya buat keluarga syuib.