in ,

Isu Sindir PM di Twitter Fathia Latiff Tampil Mohon Maaf

SEBELUM ini warga maya digemparkan dengan cerita pelakon, Fathia Latiff didakwa ‘memerli’ Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ini membabitkan isu panas mengenai insiden banjir yang sedang melanda di wilayah utara tanah air baru-baru ini.

Fathia Latiff Sindir PM

Selepas teruk dikecam, akhirnya pemilik nama sebenar Nur Fathia Abdul Latiff tampil buka mulut memberi kenyataan berhubung perkara berkenaan.

Fathia menerusi beberapa posting melalui akaun laman Twitter miliknya malahan dilihat telah membuat permohonan maaf secara terbuka.

Fathia Latiff Sindir PM

Menurut Fathia, dia tidak berniat untuk ‘mempolitikkan’ berhubung isu berkenaan ataupun berpihak kepada mana-mana parti tetapi, ia hanyalah sebagai luahan suara bagi mewakili rakyat Malaysia.

Tambahan pula, statusnya sebagai public figure pasti sedikit sebanyak akan bantu menarik perhatian serta menyampaikan mesej berkenaan kepada pihak sepatutnya dengan lebih pantas.

Fathia Latiff Sindir PM

Fathia Latiff Sindir PM

Fathia Latiff Sindir PM

Dalam pada itu, Fathia juga memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak yang berkecil hati atas keterlanjuran kenyataan yang dimuat naik menerusi laman Twitter sebelum ini.

Hasil tinjauan Mynewshub mendapati, pelakon ini turut dilihat seperti sedang merancang sesuatu yang sepatutnya untuk membantu mangsa banjir di utara tanah air.

Hmmm… Sebenarnya tak salah bagi pendapat. Tapi… Mungkin apa yang dikatakan oleh Fathia ketika itu tidak kena pada waktunya.

Tambahan lagi, ketika itu seluruh rakyat Malaysia sedang bersedih mengenangkan nasib yang menimpa mangsa tragedi banjir di Pulau Pinang.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Powerman Duathlon Terbesar Di Dunia Kembali Ke Malaysia

Hero Oven Musim Kedua Tampil 12 Peserta Bersaing