in ,

Apa Program Istimewa Sempena Aidiladha di TV1

Istimewa sambutan Aidiladha ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan program-program khas sarat pengertian perayaan yang disambut seluruh umat Islam ini pada 1 September ini bersamaan tanggal 10 Zuhijjah 1438 Hijrah.

Multi program dijanjikan RTM mengisi saluran TV1 sepanjang sambutan perayaan bagi memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah S.W.T. ini.

babak dalam Telemovie Ke Pintu Kaabah

Mengharapkan perkongsian program-program khas yang diatur RTM ini bakal memberikan manfaat kepada semua, siaran khas menerusi TV1 seperti lazimnya bermula dengan Siaran Langsung Solat Sunat Aidiladha pukul 8.00 pagi.

Kepada penonton yang mengikuti drama bersiri khas Ramadan bertajuk Baitul Rahmat yang pernah mendapat sambutan hangat penonton TV1, ikuti kesinambungannya dalam siri khas “Baitul Rahmat”, enam episod disiarkan mulai 28 Ogos ini hingga 3 September ini, pukul 7.00 malam. Ia menampilkan pelakon Ku Fridah, Nadia Brian, Hafidz Rosdi, Roslan Salleh, Kismah Johar, Mak Wan dan ramai lagi.

TV1 seterusnya menyiarkan empat telemovie khas bertajuk “Ke Pintu Kaabah” pada 1 September ini, pukul 10.00 malam, “Aku Tak Sesat” (2 September ini, pukul 10.00 malam), “Antara Dua Hari Raya” (3 September ini, pukul 3.05 petang) dan “Manja” (3 September ini, pukul 10.00 malam).

“Ke Pintu Kaabah” lakonan Catriona Ross, Tisha Samsir, Izzue Islam, Kuna Muzani, Mustapha Kamal, Z.Zamrie dan Assi Ismail mengisahkan kesungguhan Som, seorang ibu tunggal dan anaknya, Dila berusaha berniaga untuk mengumpukan modal bagi menunaikan Haji.

Menerusi “Aku Tak Sesat” ikuti kisah kepulangan Adha ke kampung yang telah dipandang serong oleh sebilangan besar orang kampung kerana kerjayanya sebagai composer muzik metal. Adha dianggap sesat kerana berkecimpung dalam dunia muzik metal. Ia dibintangi pelakon Hasnol Rahmat, Balqish Semundur Khan, Redzuan Adha, Syed Ali, Maimunah Ahmad, Fadhil Dani dan Rosnizam Zakaria.

Tidak kurang menariknya pengisian telemovie “Antara Dua Hari Raya” lakonan Fizz Fairuz, Zamarul Hisham, Zarina Zainoordin, Sabhi Sadhi dan Khaty Aziah tentang pengorbanan dilakukan Rafidi namun dibalas dengan pengkhianatan sahabatnya Latif yang mengakibatkan Rafidi bukan sahaja menerima hukuman sebaliknya turut kehilangan cintanya.

Memaparkan kisah Manja yang mencintai seorang gadis berlainan agama berusaha memikat gadis itu walaupun tidak mempunyai kerja. Usaha Manja untuk bersaing dengan lelaki mewah yang menjadi pilihan Leela berakhir dengan penemuan sindiket pemerdangangan manusia. Drama “Manja” ini dibintangi oleh Afiq Muiz, Niena Baharun, Danielle Sya, Iqram Dinzly dan Ipin Yusuf.

Dokumentari terbitan JAKIM bertajuk “Korban kasih” pada 1 September ini, pukul 12.30 tengah hari yang memaparkan kisah perjalanan hidup anak yatim piatu sekelip mata sejak kecil hingga dewasa. Ikuti perjalanan dua kisah kemalangan tragis yang meragut nyawa-nyawa orang tersayang, dan sekelip mata menukar status anak-anak menjadi yatim piatu.

Hari sama pukul 3.05 petang saksikan hiburan kerohanian , “Hidayah” terbitan Unit Hiburan TV menampilkan persembahan daripada Aizat Amdan, Datuk Tarmimi Siregar, Azlan & The Typewriter, Ezad Lazim, Lan Kristal, Tasha Mansahar, Dato’ Ramli Sarip serta ikuti Alif Hadi, Johan As’ari, Redza Rosli dan Azrel Ismail mendekati golongan gelandangan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur.

Diikuti program “Cinta Raudhah” pada 3 September ini, pukul 10.05 pagi pengisian kerohanian oleh barisan artis Wanie feat Juzzthin, Ainan Tasneem, Afad, Yassin & Brohers, Nizam Laksamana, Lan Kristal, Amir Jahari dan penampilan istimewa Ustaz Nabil, Datuk Rahim Razali dan Dai Fuad.

Dokumentari Korban Kasih

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Korban Kasih di TV1

Telemovie Ke Pintu Kaabah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kiki Poh Pelukis Animasi CARS 3 Terbang ke Tanahair Promosi Filem

AirAsia Perkenal Laluan Pertama Ke India dari Hab Johor Bahru