in

Istimewa Hari Ibu Bersama Siti Nurhaliza di Hotel Grand Dorsett

Penghibur popular, Dato’ Siti Nurhaliza bakal mengadakan persembahan di ISTIMEWA HARI IBU… SEPETANG BERSAMA DATO’ SITI NURHALIZA sempena sambutan Hari Ibu pada 13 Mei depan di Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya pada hari Ahad jam 3.30 petang.

Siti Nurhaliza

Siti berkata, beliau teruja untuk mengadakan persembahan berkenaan selepas kali terakhir menghiburkan para ibu pada tahun 2007. Budiey pasti dengan kelunakkan vokal mantap penuh jiwa, Dato’ Siti Nurhaliza pasti menghiburkan penonton dengan mendendangkan lagu-lagu popular dan nostalgia. Tetamu dan peminat akan terhibur dan rasa penuh kasih kerana dapat meraikan sambutan Hari Ibu bersama insan tercinta.

Suasana santai lagi eksklusif dengan hiasan tema yang istimewa berserta iringan persembahan dan alunan muzik secara langsung bakal meninggalkan kenangan utk tetamu.

Siti Nurhaliza akan buat persembahan selama 45 minit dengan pelbagai seleksi lagu lama dan baru sesuai dengan tema pada majlis berkenaan.

Tiket bagi mengikuti majlis berkenaan dijual dengan harga RM1,000, RM500, RM400, RM300 dan RM250 seorang.

Tempahan juga boleh dibuat dengan menghubungi Hotel Grand Dorsett di talian 03-5031-6060 atau 019-690 3767 (Anis), 019-3838 115 (Ros) atau pun boleh melayari Facebook ‘Hari Ibu Bersama Datuk Siti Nurhaliza 2012’ untuk maklumat lanjut.

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Jom Menonton LOCKOUT – Sensasi Selebriti

Celebrity Chef Jamie Oliver Heats Things Up On 8TV