in ,

Dah Jumpa Elok-Elok, Isteri Shuk HotFM Luah Rasa Marah Terhadap Fara Salleh

Isteri kepada penyampai radio Shuk Sahar, Rossalennah Natassyiah Asshaferah meluahkan rasa marah terhadap individu yang difahamkan Fara Salleh yang sebelum ini pernah didakwa bermain kayu tiga dengan suaminya.

Menurut Rossalennah, terdahulu dia pernah berjumpa dengan Fara namun wanita itu masih tetap menganggu keluarganya.

“Aku dah penah jumpa kau elok-elok. Aku bercakap dengan kau elok-elok.

“Tapi lama-lama kau marah dengan aku. Kau sakitkan aku balik. Kau screenshot macam-macam.

“Kau sakitkan aku masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kau sedar tak Fara. Kau dah sakitkan aku lama sangat-sangat.

“Aku tak pernah minta kau hadir dalam rumah tangga kami ni. Kau yang hadir dan kacau keluarga ni, kau kacau aku, maki aku dengan anak-anak aku.

“Mana akal kau Fara? Antara kau dengan laki aku itu hal kamu,”

– Rossalennah Natassyiah Asshaferah
rossa

Pendedahan itu dibuat menerusi sebuah entri yang disertakan dengan screenshot kiriman mesej yang dihantar Rossalennah di Instagram (IG) miliknya.

Tegas Rossalennah, dia tidak akan bercerai demi kebahagiaan Fara.

Malah, Rossalennah berharap agar Fara meneruskan hidup tanpa suaminya.

“Minta maaf sangat-sangat. Aku harap kau move on juga. Doa la banyak-banyak Fara semoga Allah terima taubat. Aku maafkan dosa-dosa kau dengan Shuk,”

– Rossalennah Natassyiah Asshaferah
rossa2

Walaubagaimanapun, posting itu telah dipadam selepas dikongsikan.

Selain Shuk, Fara juga didakwa pernah menjalinkan hubungan dengan Shah Jaszle dan Kecik Ogie sebelum ini.

Pada bulan Julai lalu, beberapa pengguna laman sosial Twitter tampil membuat dakwaan mengenai sikap buruk Shuk yang dituduh bermain kayu tiga.

Shuk mengakui pernah mengenali wanita yang dikaitkan dengan dirinya namun enggan mengungkit lagi kisah terbabit.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Selepas Buka Tudung, Sarah Hildebrand Kecewa Netizen Bandingkan Dengan Neelofa

Berapa Hari Anda Perlu Bekerja Untuk Mampu Mendapat iPhone 12 Pro?