in , , ,

Isteri Kecewa Ammar Alfian Tak Mahu Bercerai

Hampir setahun kemelut rumah tangga diperkatakan, isteri kepada pelakon Ammar Alfian iaitu Nellisa Nezam kecewa apabila suaminya itu menolak permohonan cerai yang difailkan pada Januari lalu.

Isteri Ammar Alfian, 33, iaitu Nelissa Nezam, 31, kecewa apabila pelakon itu tidak memberi kerjasama bagi memudahkan proses perceraian yang dituntut seolah mahu merumitkan lagi kes.

Nelissa berkata, dia sudah menuntut cerai pada Januari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur namun Ammar menolaknya pada Julai lalu.

https://flic.kr/p/2jv8ome

“Saya kecewa kenapa Ammar seakan mahu merumitkan kes ini apabila menolak permohonan cerai itu. Kami pun sudah tiada apa-apa hubungan dan tidak faham apa niatnya berbuat demikian.

“Hakikatnya kami sudah tidak bersama pun sejak setahun lalu,”

– Nelissa Nezam
Isteri Kecewa Ammar Alfian Tak Mahu Bercerai

Nelissa Nezam ditemui selepas selesai urusan pelantikan hakam untuk kedua-dua belah pihak di Mahkamah Rendah Syariah, hari ini.

Lebih membuatkan Nelissa terkilan apabila pelakon Paskal itu enggan memberi kerjasama yang baik demi menyelesaikan kemelut antara mereka.

“Ammar tak beri kerjasama, dia belum melantik mana-mana hakam. Selepas Ammar dah lantik hakam nanti baru kami boleh teruskan proses perceraian ini,” katanya.

– Nelissa Nezam
Isteri Kecewa Ammar Alfian Tak Mahu Bercerai

Ammar dan Nelissa mendirikan rumah tangga pada Mac 2016. Bagaimanapun, perkahwinan mereka mulai bergolak apabila Ammar didakwa menjalinkan hubungan sulit ketika isterinya sedang hamil enam bulan.

Hasil perkahwinan itu, pasangan terbabit dikurniakan seorang cahaya mata lelaki dinamakan Kyro Shakur yang kini berusia setahun.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelakon Erynne Erynna Selamat Bersalin Anak Pertama

Alvin Chong to Premiere SAYANGKU SALMAH First and Exclusive on TikTok