in , ,

Temubual Eksklusif Bersama Ismail Izzani Borak Tentang LUAR BIASA

TIDAK boleh disangkal lagi, industri muzik kini menjadi semakin meriah dengan kedatangan penyanyi-penyanyi baharu yang digelar sebagai Budak-Budak Baru Nak Up (BBNU).

Jelas sekali penyanyi-penyanyi BBNU ini mempunyai peminat mereka tersendiri terutama dalam kalangan belia remaja.

Peminat-peminat kumpulan penyanyi ini juga suka membuat perbandingan di antara artis yang menjadi pilihan mereka sehingga mengambil tindakan mengecam pesaing-pesaing idola mereka.

Bagi salah seorang penyanyi yang tergolong dalam kumpulan itu, Ismail Izzani, dia mengaku tidak mempunyai kekuatan vokal sebaik rakan-rakannya, namun ianya dapat dibantu dengan daya juangnya yang tinggi.

Temubual Eksklusif Bersama Ismail Izzani – LUAR BIASA trending di Youtube. Tahniah Mail

Sebelum ini, Ismail atau lebih mesra disapa Mail, pernah memuat naik status di media sosial seolah-olah kecewa dengan kecaman yang diberikan netizen seolah-olah bakatnya tidak setaraf dengan penyanyi seangkatannya.

“Saya mengaku vokal tidaklah sehebat mana. Tapi bagi saya, masing-masing ada kehebatan dan keunikan tersendiri.

“Benar, saya ada meluahkan dalam media sosial mengenai perkara itu, namun bukanlah kerana saya kecewa atau sebagainya.

“Saya tahu ada yang mengecam kenapa saya tidak boleh ‘tarik’ suara tinggi seperti penyanyi lain dan bermacam-macam lagi. Saya sedar kebolehan diri sendiri, tetapi saya ada semangat juang yang tinggi untuk terus relevan,” katanya memetik BH Online.

Tambah Ismail, selain menyanyi, kebolehan istimewa yang dimilikinya adalah menari memandangkan dia mempunyai minat dalam bidang seni itu.

Ismail yang mempunyai ibu yang pernah berdiri dalam industri muzik pada era 1980-an, Suliza Salam, mula dikenali ramai melalui single sulungnya, Sabar yang menjadi siulan pendengar.

Jelasnya, dia yakin muzik yang dibawanya mempunyai kekuatan sendiri dan meletakkannya dalam liga yang tersendiri berbanding rakan-rakan BBNU lain.

“Inilah formula digunakan apabila saya mengadun rentak muzik yang segar dan terkini dalam single baharu, Luar Biasa. Lagu ini dicipta khusus untuk peminat,” katanya yang baru sahaja melancarkan video muzik bagi lagu tersebut.

Video muzik Luar Biasa yang baru dilancarkan pada 15 Mac lalu itu kini telah berjaya menduduki tangga kedua carta Trending di laman YouTube dan sudah ditonton lebih 900,000 kali dalam hanya tiga hari.

Video yang menyaksikan Ismail menunjukkan bakat tariannya itu mendapat sambutan menggalakkan daripada netizen sehingga ramai merasakan video muzik berkenaan bertaraf antarabangsa.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Isu Perli di IG Story & BEFAZ Ditiru Jenama Lain, Ini Jawapan Fazura

Sam Nuhair Terus Bangkit Penuh Yakin Dengan Single Terbaru RODA