in ,

Isu Perli di IG Story & BEFAZ Ditiru Jenama Lain, Ini Jawapan Fazura

Pelakon dan penyanyi popular, Nur Fazura Sharifuddin enggan melayan atau ambil peduli terhadap sebarang provokasi yang dilihat bertujuan memancing emosinya.

Menurut artikel yang disiarkan di Berita Harian, Fazura berkata, jika benar sekali pun ada pihak yang berniat berbuat demikian seperti didakwa netizen, baru-baru ini, perkara itu tidak langsung memberi kesan terhadap dirinya.

VIDEO: Jawapan Fazura Untuk Isu Perli di IG Story & BEFAZ Ditiru Jenama Lain

“Saya pun tak nak cakap pasal orang dan kalau orang nak cakap pasal saya pun, terpulanglah kepada mereka. Itu bukan urusan saya kerana saya hanya mahu fokus kepada diri saya. Kalau orang lain nak fokus pada saya, itu terserahlah kepada mereka.

“Kita tak tahu niat orang, jadi lebih baik untuk kita tidak bercakap banyak mengenai perkara itu,” katanya kepada media selepas menjayakan showcase One Music Live Session Fazura di sebuah hotel di sini, petang tadi.

Fazura yang meraih trofi Pelakon Filem Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0 memberi reaksi ketika ditanya mengenai komen netizen yang mendakwa seorang pengacara dan usahawan wanita menyindir dirinya di Instagram, baru-baru ini, hingga kecoh laman sosial.

FAZURA ketika menjayakan showcase One Music Live Session Fazura di sebuah hotel di Kuala Lumpur. – Foto Salhani Ibrahim
Sementara itu, mengenai jenama produk bulu mata palsunya, #befaz yang dikatakan menyamai jenama lain yang dilancarkan sebelum ini, pelakon filem J Revolusi ini tidak menganggap perkara itu sebagai suatu isu besar.

“Secara jujur, kami sudah mula mengusahakan produk ini dan menjalankan kempen sejak tahun lalu. Cuma kami ambil masa untuk melancarkannya sejajar dengan penganjuran showcase ini.

“Kalau ada orang lain yang nak gunakan jenama itu pun tak mengapa… Saya okay saja jika nak berkongsi nama dan idea. Ini kerana saya sedar yang saya juga boleh menjadi sumber inspirasi buat orang lain,” ujar Fazura.

Terdahulu, melalui showcase yang dibawa khas aOne Music, Fazura menghiburkan 400 peminat bertuah dengan mendendangkan lapan lagu termasuk berduet dengan suaminya, Fattah Amin, dalam single Cinderella.

Album Fazura yang dilancarkan tahun lalu mencatat sejarah peribadi apabila laris 6,000 unit dan distrim lebih lima juta kali menerusi jualan digital.

Sumber: Berita Harian

Video: Youtube Budiey.com <—SUBSCRIBE JOM!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anggun & Popular YouTubers Damon & Jo Named Global Judge

ISMAIL IZZANI

Temubual Eksklusif Bersama Ismail Izzani Borak Tentang LUAR BIASA