in ,

IQBAL M Lancar Single KITA MESTI JUMPA Sempena Aidilfitri 2021

Selepas mengeluarkan album pertama (PSJKB) pada tahun 2019 dan disambut baik dikalangan peminat muzik ‘indie’, album yang terjual secara fizikal 4,000 salinan, dan telah memenangi anugerah sebagai ‘Kulit Album Terbaik’, ‘Lagu Terbaik (Jangan Cakap Saja)’ dan juga ‘Artis Terbaik’ di Tapau Awards 2019.

Kini IQBAL M., mengeluarkan sebuah single bersempena sambutan perayaan Aidilfitri 2021 ini. Mengambil masa 3 tahun untuk melengkapkan lagu ini, menurut Iqbal, 

“Bukan sesuatu yang mudah untuk membuat lagu raya ni, kerana mungkin sebab kita semua dah biasa dengan lagu-lagu raya lama yang dah tertanam dalam diri masing-masing, sampaikan susah untuk kita cuba menerima gaya baru lagu-lagu raya yang ada.’ 

IQBAL M._Kita Mesti Jumpa

Lagu ‘Kita Mesti Jumpa’ ini pun terlahir secara tidak sengaja, semasa Iqbal sedang membuat IG Live di akaun instagramnya pada ketika itu (3 tahun lepas). Para penonton pada ketika itu, bertanyakan kepadanya “IQBAL M. takde lagu raya ke?” dan langsung Iqbal terus nyanyikan secara spontan. Dan rata-rata respon orang pada ketika itu menyukai akan lagu tersebut. Dan akhirnya, inilah lagunya. 

Pengalaman merakamkan KMJ ini juga satu cara kerja yang baru digunakan. “Kami tak pernah jamming bersama pun lagu ni. Lepas Iqbal hantarkan file demo, dan masing-masing meletakkan idea masing-masing, terus sahaja rekod.” 

Selain menggunakan produser yang sama semasa PSJKB album dahulu, IQBAL M. menggunakan khidmat Bijan (AtasbyBijanFX) untuk proses adunan lagu, manakala untuk proses mastering dibuat oleh Felix Voon. 

Single KMJ ini akan dilancarkan di platform digital mulai 03 Mei 2021. Selain dari itu, IQBAL M. juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Luncai Emas Sdn Bhd selaku Exclusive Distributor bagi lagu ini. Dan tidak lupa kepada Vans (Malaysia) dan juga Bulan Bintang atas tajaan pakaian dan juga kasut untuk mencantikkan lagi perkembangan KMJ ini. 

IqbalM-20

IQBAL M. adalah ;
Johan – Gitar
Shah – Bass
Iqbal – Vokal, Akustik Gitar, Synthesizer Fei – Gitar 

Aidil – Drum, Perkusi 

IQBAL M. – Kita Mesti Jumpa 

Kalaupun aku
Raya tanpa baju baru
Bukan itu yang ku kejar 

Cukuplah kasih tanpa hadnya 

Selamat hari raya 

Pada semua 

Kita cuba ketuk pintu 

Beri salam 3 kali
Kalau masih sunyi sepi 

Kita cuba lain hari 

Selamat hari raya 

Pada semua 

Ingat tak lagi
Raya yang dulu
Kita bergembira? 

Walaupun sibuk 

Kejarkan dunia
Tetap ada masa
Kita mesti jumpa 

Sekejap pun takpa 

Tapi kita mesti jumpa 

Di hari raya 

Jangan disoal
Mana pergi waktu dulu 

Yang keruh kita jernihkan 

Sebelum aku berundur 

Selamat hari raya Pada semua 

Lagu & Lirik : Iqbal Othman
Hakcipta Lagu & Lirik : Luncai Emas Sdn Bhd 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Maxis Lancar Filem Beli-Belah Raya Pertama di Malaysia

Noraniza Idris Nyanyikan Semula Lagu Terbitannya ‘CINTA LEBARAN’