in , , ,

Noraniza Idris Nyanyikan Semula Lagu Terbitannya ‘CINTA LEBARAN’

Lagu Cinta Lebaran adalah lagu ciptaan sepenuhnya Mohammad Ihab Ismail atau lebih senang dikenali sebagai Ihab Ismail.

Beliau merupakan artis di bawah Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd semenjak 2012 hingga kini. Biarpun kerjaya professional sebagai pakar perubatan dalaman di sebuah hospital kerajaan membataskan pergerakannya dalam bidang seni, namun beliau sering menjadikan bidang seni ini sebagai tanggung jawab sosial yang perlu digalas oleh setiap pihak agar terus menyokong kesinambungan Irama Malaysia untuk memastikan tidak terus mati ditelan zaman.

Lagu Cinta Lebaran ini pernah dirakamkan buat pertama kali pada tahun 2009 nyanyian bersama Noraniza Idris dan kumpulan Akasia. Setelah 11 tahun, lagu ini dinyanyikan semula oleh Noraniza Idris bersama Ihab Ismail dan Azmir Ariff pada tahun 2021. Lirik masih mengekalkan hasil penulisan Ahmad Fedtri Yahya.

Noraniza Idris Nyanyikan Semula Lagu Terbitannya ‘CINTA LEBARAN’

Single Cinta Lebaran ini masih kekalkan susunan muzik asal Eddie Marzuki dan disusun secara LIVE bersama pemuzik-pemuzik terkemuka tanahair seperti Ujang, Mohar , Allahyarham Kelly dan ramai lagi. Single ini terbitan Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd dan edaran secara digital oleh Luncai Emas Sdn Bhd . Single ‘Cinta Lebaran ‘ ini mula berada di semua saluran digital seperti Spotify , JOOX , Apple Music dan lain – lain pada 5 Mei 2021 ini .

Sengaja tidak menggunakan susunan muzik baru, Noraniza selaku penerbit asal single ini ingin mengekalkan sentuhan keunikan gabungan muzik hasil ide dan inspirasi dari setiap pemuzik profesional terlibat yang diangkat menjadi nostalgia dan kenangan terindah setiap kali menjelang hari raya. Terima kasih

kepada Azmir Ariff dan Ihab Ismail yang sudi menyumbangkan tenaga dan suara dalam pembikinan semula rakaman single ini bagi sambutan Hari Raya ini.

Pemilihan Ihab Ismail dan Azmir Ariff untuk nyanyikan semula irama ini adalah kerana latar belakang dua penyanyi ini sangat mudah memberi kerjasama dan sering memberi tenaga dalam setiap nyanyian mereka dalam menggayakan lenggok irama Malaysia yang unik dengan kreativiti sendiri.

Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd bakal melancarkan single duo pertama berkonsep etnik kreatif selepas hari raya nanti nyanyian Ihab Ismial dan Azmir Ariff. Single Cinta Lebaran ini merupakan langkah pertama mereka bagi tahun 2021 ini sebelum lancarnya single sebenar mereka. Ihab dan Azmir pernah keluar dengan single masing-masing berjudul Puncak Gapura dan Empayar. Single Noraniza Idris juga akan menyusul selepas Hari Raya ini.

P2021 LUNCAI EMAS SDN BHD / NIPV / CINTA LEBARAN 2021 / NORANIZA IDRIS , IHAB ISMAIL, AZMIR ARIF

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

IQBAL M Lancar Single KITA MESTI JUMPA Sempena Aidilfitri 2021

Siti Nordiana Lancar Single Terbaru HASBI RABBI dengan Menampilkan Ustaz Sharizan