in , ,

Iqbal Dedah Dirinya Dikhianati, Dato’ Seri Vida Pujuk Tawar Kereta Mewah RM3 Juta

Nampaknya kisah percintaan jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida dan Ahmad Iqbal masih tiada kesudahan meskipun bekas pembantu peribadinya sudah menarik diri daripada perkahwinan tersebut.

Umum mengetahui bahawa percintaan di antara jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) bersama bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli mendapat tentangan daripada anak perempuan DSV iaitu Cik B disebabkan faktor perbezaan umur yang terlalu jauh.

Ditawar Kereta Bernilai RM3 Juta 

Terbaru, menerusi satu perkongsian di Insta Story, Iqbal berkata selepas dia menarik diri, Vida menawarkan kereta mewah Bentley bernilai RM3 juta.

Bagaimanapun, Iqbal berkata nilai tersebut tidak dapat membeli hati dan kejujurannya yang telah dikhianati.

Ujarnya, jika ada janda hadiahkan basikal dia sanggup menerima dan berkahwin dengan wanita tersebut asalkan ikhlas menyayangi dirinya.

“Setelah saya tarik diri, semalam pihak Dato Seri Vida tawarkan saya kereta idaman saya, Bentley yang bernilai RM3 juta.

“Nilai ini tidak boleh dibeli hati dan kejujuran saya yang telah dikhianati. Jika ada janda beri hadiah basikal pun saya sanggup berkahwin andai keikhlasan dan ketelusan menyayangi saya.”

– Iqbal
Iqbal Dedah DSV Pujuk Tawar Kereta Mewah RM3 Juta

“Jika ada janda beri hadiah basikal pun saya sanggup berkahwin andai keikhlasan dan ketelusan menyayangi saya,”

– Iqbal

Sementara itu, dalam satu entri lain, Iqbal berkata dia sanggup menerima jika kekasihnya seorang pelacur atau seorang yang miskin asalkan ikhlas.

“Bagi saya, anda kekasih saya seorang pelacur, atau seorang yang miskin sekalipun, tidak terlalu rupawan, saya boleh terima. Tetapi jangan kurang satu perkara, iaitu ketelusan. Saya tidak terlalu baik namun saya tidak pernah mempergunakan wanita,” katanya.

– Iqbal

Media pernah melaporkan Cik B meluahkan rasa tak setuju terhadap perkahwinan DSV dan Iqbal disebabkan hubungan beliau dan Iqbal tidak sehaluan dan sering bergaduh.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Billie Eilish Berkolaborasi dengan Jenama Kasut Nike Lancarkan Edisi Air Jordan Vegan

Dato’ Seri Vida Menangis, Akui Pernah Kasari Iqbal, Mohon Hentikan Fitnah