in , ,

Dato’ Seri Vida Menangis, Akui Pernah Kasari Iqbal, Mohon Hentikan Fitnah

Nampaknya kisah percintaan jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida dan Ahmad Iqbal masih tiada kesudahan lagi biarpun bekas pembantu peribadinya dikatakan sudah tawar hati.

Dato Seri Vida memohon agar semua pihak supaya menghentikan segala fitnah yang menuduh Iqbal mahu berkahwin sebab mahukan duit dan harta.

Dalam satu video yang dimuatnaik oleh Dato Seri Vida, beliau juga turut memohon maaf berkali-kali atas apa yang telah berlaku.

Mohon Rakyat Malaysia Hentikan Fitnah

“Saya mohon kepada semua rakyat Malaysia, cukuplah memfitnah Iqbal yang kata dia nak duit saya… tidak sekali-kali.

“Apa yang dia buat kat Instagram dia tu, kata saya macam-macam tu, saya ikhlas memaafkan dan saya harap apabila Iqbal mendengar apa yang saya cakap ini, maafkan saya atas kekhilafan saya,”

– Dato’ Seri Vida

Sebelum ini, hasrat DSV dan Iqbal untuk mendirikan rumah tangga seakan sukar untuk menjadi kenyataan apabila timbul beberapa isu.

Menangis Teresak-Esak, DSV Akui Pernah Baling Selipar Pada Iqbal

Dalam perkongsian di Instagram itu juga, Vida memuat naik video menangis dan mengakui bukan seorang yang lembut malah pernah melakukan membaling selipar pada Iqbal.

Dalam pada itu, Vida berkata Iqbal ikhlas menerima dirinya seadaanya serta anak-anaknya, malah menelan sahaja sikap dan perangainya.

“Iqbal ikhlas menerima saya seadanya.. terima anak saya, Cik B dan Kacak. Dia telan semua perangai saya.

Saya bukan orang yang lembut tapi dia terima saya,”

– Dato’ Seri Vida
Vida

DSV Ikhlas Terima Iqbal Sebagai Suami

Antara isu yang paling besar apabila hasrat mereka berdua tidak mendapat restu anak-anak DSV terutama sekali Cik B, selain Iqbal turut dituduh inginkan duit dan harta DSV.

Pada masa sama, usahawan berkenaan juga menyatakan bahawa dirinya ikhlas untuk menjadikan Iqbal yang juga bekas pembantu peribadinya itu sebagai suami.

“Saya ikhlas menerima Iqbal atas keikhlasan dia untuk menerima saya. Saya yakin dia adalah jodoh saya,” ujarnya. – 

“Kalau tak kena (ada isu) saya marah. Saya baling selipar. Tapi di saat dia dihina.. mana saya? Saya tak hilang tapi saya banyak berdoa,”

– Dato’ Seri Vida

Apa Kata Netizen?

Perkongsian Vida itu mendapat macam-macam komen dan reaksi di kalangan netizen yang seolah sudah muak dengan drama cinta mereka yang tiada penghujung. Mereka menggesa supaya DSV menghentikan segala drama ini kerana bagi netizen ini semua adalah berunsuurkan marketing semata-mata.

Namun nbegitu, terdapat segelintir berkata jika benar serius lebih baik segera bernikah serta mendoakan urusan perkahwinan mereka dipermudahkan.

Terdahulu, Iqbal mendedahkan Cik B sudah pun memberikan kebenaran untuk dia berkahwin dengan Vida, namun meletakkan syarat dimana dia inginkan sebuah kereta jenis Mercedes Benz yang bernilai lebih RM1 juta.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Iqbal | 23

Iqbal Dedah Dirinya Dikhianati, Dato’ Seri Vida Pujuk Tawar Kereta Mewah RM3 Juta

Rizky Febian Ziva Magnolya | 24

Rizky Febian & Ziva Magnolya Berduet dalam Single TERLUKIS INDAH