in ,

International Secretaries’ Week With Anuar Zain

Minggu Setiausaha bakal disambut tidak lama lagi. Ayuh bawa Setiausahamu yang setia itu ke jamuan makan tengahari yang paling glamor dan ‘bergemerlapan’ bersama Anuar Zain! Anda bakal dihidangkan dengan pelbagai makanan istimewa yang lazat, cenderamata sumbangan SDCC dan juga hadiah menarik dalam cabutan bertuah!

Bersempena Minggu Setiausaha Antarabangsa (International Secretaries’ Week) dengan kerjasama Sime Darby Convention Centre (SDCC), jamuan makan tengahari bersama Anuar Zain akan diadakan pada 9 April 2009; yang akan turut diserikan dengan celoteh dan sketsa lucu pelawak terkenal, Dee!

Pelayar setia laman web ERA berpeluang memenangi sepasang pas jemputan ke jamuan makan tengahari bernilai sehingga RM398++ bersama Anuar Zain di Sime Darby Convention Centre dengan hanya menyertai peraduan mudah kami! Pelayar ERA juga layak mendapatkan potongan harga sehingga RM300++ sekiranya anda memanggil talian 03.2089.3688 atau 03.2089.3668 untuk menempah tempat ke majlis tersebut! Anda hanya perlu memberitahu pihak Sime Darby Convention Centre mengenai maklumat promosi ini melalui laman web ERA.

Layari: www.era.fm

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Teater Mahsuri Lakonan Vanidah Imran di Istana Budaya

Nabil at Cantumas Travel Café’s Ladies Nite