in

Intan Nuraini Lancar Album Seperti Coklat di Malaysia

Budiey percaya ramai yang masih tak kenal dengan penyanyi dari Indonesia, Intan Nuraini. Tapi mungkin peminat drama sinetron, dah biasa lihat artis ini dalam drama-drama sinetron di kaca TV. Dikatakan juga, Intan adalah bekas kekasih kepada pelakon Sahrul Gunawan. Intan juga pernah digosipkan ada hubungan cinta dengan pelakon Vicky Nitinegoro yang pernah berlakon dalam drama sinetron Putri Cahaya.

Temubual Budiey bersama Intan Nuraini:

Video Sekitar Majlis Pelancaran:

Semalam, pada jam 3 petang, Budiey sempat untuk bertemu dengan gadis tinggi lampai dan langsing ini di Majlis Pelancaran Album Terbaru Intan Nuraini – Seperti Coklat di Red Box, The Garden Mid Valley.

Majlis dihoskan oleh penyampai Suria FM, Lin Suria Cinta & dihadiri oleh orang kuat pemasaran Tropic Jaya Entertainment Sdn Bhd.

Ucapan dari wakil Tropic Jaya

Di majlis itu juga, Intan Nuraini dikejutkan dengan birthday suprise oleh pengurus dan bapanya. Happy Birthday yang ke-25, Intan Nuraini.

Setelah berjaya melahirkan dua album iaitu Penguasa Lelaki (2007) dan Salut (2008), Intan Nuraini kembali dengan album berjudul Seperti Coklat yang berkonsepkan pop yang begitu ceria, sesuai dengan jiwa remajanya.

Namun, konsep album kali ini lebih kepada mini album kerana hanya ada 4 buah album iaitu:

Seperti Coklat

Cemburu

Pacar Jarak Jauh (PJJ)

Datanglah Padaku

Kesemua lagu ini dicipta oleh Faza dari Robihood Bandm yang merupakan salah satu band di bawah syarikat muzik dibawa Intan Nuraini bernaung iaitu Limaduabelas Muzik.

Mempertaruhkan single pertama iaitu Seperti Coklat yang kini sedang diputarkan di corong radio. Iramanya agak lincah dan rancak, Intan Nuraini mengharapkan lagu ini dapat diterima seperti singlenya yang terdahulu iaitu Gubrak. Irama juga agak happy go lucky serasi dengan wajah riang dan remaja si penyanyi ini yang penuh dengan warna warni.

Budiey suka dengan irama pada corusnya yang sangat catchy:

Walau cinta terus berlari
Ku kejar dan ku tak peduli
Walau sampai ke ujung dunia
Ku kejar dan ku terus berlari

Selain itu, lagu ini menggunakan drum dari Yoyok Padi yang menyuntik sedikit irama rock dalam lagu ini sehingga menjadikan warna baru dalam muzik penyanyi ini.

Dalam lagu Cemburu pula, iramanya agak slow pop dan ada unsur ‘mellow’ yang sangat kental dirasakan saat alunan gitar dari Tohpati. Sesuai dengan judulnya, ada unsur-unsur sedih yang sayu dalam lagu ini. Memang lagu ini agak jiwang sikit kerana liriknya agak puitis untuk meggambarkan perasaan yang cemburu kepada kekasih yang telah dicuri orang.

Tetes gerimis di bumi
Menyisakan sedih
Kalut selimut hatiku
Yang kini dah hancur
Saat aku tahu
Hatimu telah dicuri dia

Beat medium dalam lagu Pacar Jarak Jauh yang bolehlah dilayan.

Untuk lagu terakhir berjudul Datanglah Padaku, nuansa muzik dalam lagu ini adalah akustik dengan hanya diisi oleh jimbe, gitar dan violin. Ini merupakan satu pembaharuan untuk album Intan yang diharapkan dapat lebih mewarnai muzik dalam album ini.

Secara keseluruhan, album Seperti Coklat ini sangat kemas dengan melengkapkan semua irama muzik termasuklah pop, rock dan akustik. Mengapa tajuk Seperti Coklat dipilih? Tema ini sebenarnya datang dari penyanyi ini sendiri yang menggambarkan cinta seperti coklat. Anda pun mungkin tahu, coklat itu terlalu manis tidak elok untuk kesihatan, takut kena penyakit diabetes dan akan menggemukkan kalau makan terlalu banyak. Tapi kalau coklat itu pahit memang bagus untuk tubuh. Seperti juga dengan cinta, pahitnya cinta seperti rasa cemburu, atau cinta yang jauh dapat menyebabkan rasa cinta semakin berkobar-kobar.

“Sejak kecil memang Intan minat menyanyi. Peluang untuk masuk ke dalam entertainment terjadi apabila Intan menang Gadis Sampul. Mula-mula Intan berlakon iklan, kemudian menjadi bintang sinetron. Sudah enam tahun Intan bersama sinetron dan sudah tiba masanya mencuba sesuatu yang lain. Peluang menjadi penyanyi tiba pada 2007 apabila Intan menghadiri birthday party kawan Intan yang juga seorang penyanyi. Party itu dihadiri ramai komposer dan antaranya Intan S. Amri dan dari situ Intan mendapat tawaran menjadi penyanyi,”

“Idea ini Intan fikirkan sendiri kerana mahu something yang cute dan Intan tahu ramai sekali penggemar coklat. Unik rasanya jadikan makanan sebagai simbol cinta. Intan sendiri pernah rasakan pahit manis cinta namun untuk album terbaru ini, Intan tidak menyumbangkan lagu ciptaan sendiri.

Intan gemar menulis puisi dan cerpen. Kebanyakan lagu daripada album sebelumnya seperti Gubrak!!! adalah hasil ciptaan sendiri. Sekarang juga Intan baru sahaja sempurnakan skrip filem berjudul Seperti Coklat yang besar kemungkinan akan dibintangi Intan sendiri,” kata bekas graduan Universiti Indonesia ini.

Proses pembikinan album ini memakan masa 6 bulan sahaja. Untuk peminat, jangan lupa untuk mendapatkan album ini yang dipasarkan oleh Tropic Jaya Entertainment Sdn Bhd sejak 22 Mac 2010.

Video Klip Seperti Coklat:

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. besh besh. lagu seperti coklat tu memang besh.
    kebanyakan lagu intan nuraini banyak yang slow version.
    lagu seperti coklat ni yang agak catchy.
    (=.~)v

  2. Jujur Intan! gw blum prnah dngar lagu2 lu krn trlalu bnyk lagu2 baru d Indo n rata2 bagus2 bingung milihnya tp aq suka koq smua lakonan lu d sntron, habis ini gw akan coba dwnlod lagu lu, trim’s Budiey atas infonya

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Senarai Pencalonan Anugerah Parti Hip TV

Sekitar Majlis Prebiu Filem Semerah Cinta Stilleto