in

Senarai Pencalonan Anugerah Parti Hip TV

PARTI HIP TV MENGERATKAN HUBUNGAN ANTARA MEDIA & ARTIS

Selari dengan azam tahun baru TV9 untuk menjadi sebuah stesen televisyen yang lebih kontemporari dan bertenaga, ia kini muncul dengan Parti HIP TV, sebuah majlis penyampaian anugerah yang pastinya akan menarik perhatian ramai di persada seni tanah air kita.

Pada jam 11.30 petang tadi telah berlangsung sidang media Parti HIP TV anjuran TV9 di OB 3.6 LG 1, Sunway Pyramid.

Acara parti HIP TV ini juga secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan antara para media dan artis. Mereka saling memerlukan satu sama lain bagi menaikkan industri hiburan tanah air. Seperti yang sudah diketahui ramai, Parti HIP TV ini agak berbeza dari acara permaidani merah yang lain kerana ia mempunyai konsep dan identiti yang cukup unik dan santai.

Jaafar Onn pun tercalon okay!

Jangan risau, abang JO mesti menang punya. Hiks!

Jehan Miskin antara artis yang tercalon

Dato’ Siti Nurhaliza – Calon Artis Contoh

Sari Yanti: Calon Artis Kiut Miut

Buat julung kalinya di Malaysia, konsep yang dipraktikkan Parti HIP TV ini diketengahkan di mana sebanyak 10 kategori telah pun dipilih untuk dipertandingkan di dalam acara santai ini. Kategori-kategori ini sedikit sebanyak menyuntik elemen hiburan yang segar dan mengejutkan buat tatapan penonton setia TV9 serta peminat-peminat artis yang telah dicalonkan tersebut. Sambil itu, ia juga tidak mengetepikan kejayaan yang telah dikecapi oleh artis-artis Malaysia sepanjang penglibatan mereka sebagai penghibur tanah air.

Parti HIP TV ini juga merupakan hadiah ulang tahun TV9 yang Ke-Empat khas buat penontonnya yang masih setia sehingga kini. Kekuatan Parti HIP TV ini sendiri terletak pada tunjang utamanya iaitu tema dan konsepnya yang bersahaja serta cukup mencuit hati. Ini sedikit sebanyak menunjukkan TV9 sudah cukup matang dan inovatif dalam menterjemahkan kreativitinya dan memegang konsep yang sentiasa segar dan baru itu.

Parti HIP TV ini bakal mempertandingkan 10 kategori yang mengiktirafkan anugerah tertentu kepada artis terpilih iaitu Artis Mat Romeo, Artis Kiut Miut, Artis Bibir Seksi, Artis HIP (Highly Intelligent Popular), Artis Manis, Artis Melaram, Artis Hot Mama, Artis Contoh, Artis Awet Muda dan kategori terbaru, Artis Bikin Panas. Dengan anugerah-anugerah yang unik ini, memang tidak dapat disangkalkan lagi bahawa acara ini pasti akan menjadi salah satu majlis yang akan tersemat di dalam hati setiap peminat industri hiburan tanah air.

Setiap kategori ini telah pun mula ke udara menerusi episod Debaran Parti HIP TV yang disiarkan setiap Jumaat, 9.00 malam selama setengah jam bermula 8 Januari 2010 lalu.

Tertera di bawah adalah nama-nama artis yang dicalonkan untuk semua kategori:

ARTIS MAT ROMEO : Jehan Miskin, Hans Isaac, Norman Hakim, Zed Zaidi, Remy Ishak.

ARTIS KIUT MIUT : Bell Ngasri, Tam, Mila, Stacy, Sari Yanti.

ARTIS BIBIR SEKSI : Noryn Aziz, Anita Sarawak, Fara Waheeda, Jaclyn Victor, Ning Baizura.

ARTIS HIP (Highly Intelligent Popular) : Adibah Noor, Afdlin Shauki, Datuk Chef Wan, Fara Fauzana, Upin & Ipin.

ARTIS Artis Tidak Harap Pada Rupa : Khair Rahman, Black Mentor, Dina, Faizal Ismail, Siti Sarah.

ARTIS MELARAM : Fouziah Gous, Jaafar Onn, Rosnah Mat Aris, Shila OIAM, Syafinaz.

ARTIS HOT MAMA : Datin Norjuma, Rozita Che Wan, Nora Danish, Amy Mastura, Vanida Imran.

ARTIS CONTOH : KRU, Dr. Fazley, Maya Karin, Raihan, Dato’ Siti Nurhaliza.

ARTIS AWET MUDA : Anuar Zain, N.D. Lala, Rosyam Noor, Dato’ Sheila Majid, Sofea Jane.

ARTIS BIKIN PANAS : Akhil Hayy, Memey Suhaiza, Linda Onn, Azwan Ali, Sheila Rusly.

Apa yang membuatkan majlis ini lebih istimewa adalah penonton dan peminat di rumah dapat mengetahui senarai calon-calon bagi setiap kategori dan telah berpeluang untuk mengundi artis kesukaan mereka menerusi Debaran Parti HIP TV. Semua pencalonan akan dinilai 100% oleh undian SMS (Khidmat Pesanan Ringkas) orang ramai.

Tema pada malam yang penuh debaran ini adalah santai dan cool yang sememangnya akan menjadikan majlis ini lebih ceria dan menarik perhatian orang ramai. Apa yang pasti adalah ia Parti HIP TV akan bertambah meriah dengan kehadiran rakan-rakan media dan artis terkenal tanahair yang turut diberikan tanggungjawab oleh TV9 untuk menyampaikan anugerah-anugerah tersebut.

Selain itu, para penonton juga boleh melayari laman web www.tv9.com.my untuk menyaksikan klip-klip menarik artis-artis yang amat “sporting” dengan pencalonan mereka di hamparan merah, di belakang tabir dan penyampaian anugerah. Siapakah yang bakal membolot anugerah-anugerah tersebut? Nantikan Parti HIP TV yang akan disiarkan menerusi TV9 pada 2 April 2010 (Jumaat) selama 90 minit, bermula jam 10 malam.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bonny Peserta Lelaki Pertama Layak Ke Final Bintang Ai-Minnal

Intan Nuraini Lancar Album Seperti Coklat di Malaysia