in ,

Intan Najuwa Dah Tak Nak Kongsi Kisah Peribadi Untuk Tatapan Umum

Enggan mengenang dan mengulas kisah putus tunangnya yang sudah berlalu, pelakon Intan Najuwa ketepikan cerita peribadi kerana tiada apa yang menarik untuk dikongsikan kepada masyarakat.

Tidak mahu lagi mengulas kisah putus tunangnya yang sudah berlalu, pelakon Intan Najuwa mahu ketepikan cerita peribadinya kerana tiada apa yang menarik untuk dikongsikan.

Menurut Intan, dia kini mahu lebih fokus pada kerjaya lakonannya serta perniagaannya produk kecantikan penjagaan kulit yang kini semakin berkembang.

“Saya lebih selesa ambil pendekatan untuk merahsiakan apa saja hal berkaitan peribadi. Ada baiknya saya bercerita hal karier daripada bercerita perkara yang bukan-bukan yang boleh mengundang kecaman terhadap saya.

“Tidak nanti orang hanya asyik bercerita hal peribadi berbanding soal bakat saya yang sepatutnya ditonjolkan,”

– Intan Najuwa

Berkongsikan mengenai perkembangan terbaru, Intan berkata jadualnya kini sangat padat sehingga hujung tahun serta perlu melangsaikan penggambaran drama yang tertangguh.

“Jadual saya sekarang sangat padat lebih-lebih lagi berlakon drama sampai hujung tahun ini. Selepas ini saya akan kembali sambung penggambaran drama untuk slot Samarinda yang tertangguh sebelum ini,”

“Namun, kadang-kadang saya datang juga pejabat untuk mesyuarat penting yang memerlukan saya turut serta. Nak tak nak kena juga bahagikan masa dengan berlakon dan berniaga. Alhamdulillah setakat ini semuanya dipermudahkan,”

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Adik Ezad Lazim Meninggal Dunia, Terkilan Tak Dapat Bertemu Buat Kali Terakhir

Ben Utomo Kongsi Perspektif Tentang Isu Percintaan Anak Muda Masa Kini dalam GHOSTING