in ,

Intan Ladyana, Bella Dally, Atikah Suhaime Dalam Dewi Lasak

[dropcap]J[/dropcap]angan disangka wanita yang lemah lembut tidak mempunyai bakat mempertahankan diri! Walaupun Seri, Dewi dan Qistina mempunyai raut rupa paras yang cantik tetapi itu bukanlah tanda mereka lemah dan mudah dipergunakan. Tampil dengan elemen lasak dan romantik, drama bersiri terbaru, DEWI LASAK yang bakal menggantikan ‘Karlos’ menampilkan barisan pelakon popular seperti Intan Ladyana (Seri), Bella Dally (Dewi), Atikah Suhaime (Qistina), Azwan Kombos (Faiz), Bil Azali (Izani Badarudin), Niezam Zaidi (Akil Rahmad), Amran Ismail (Joshua Azmi), Lokman Ghani (Jiman), Along Ezendy (Tony) dan ramai lagi bermula 26 Jun ini, setiap hari Rabu jam 9.00 malam menerusi slot Aksi.

Barisan pelakon Dewi Lasak bersama pengarah, Pierre Andre dan wakil penerbit, David Teo

[pullquote align=”right”]Slot Aksi Kini Beralih Ke Hari Rabu. Lakonan mantap dari Intan Ladyana, Bella Dally, Atikah Suhaime Terajui Dewi Lasak![/pullquote]

Drama bersiri 13 episod terbitan MIG Production ini diarahkan oleh Pierre Andre dengan nukilan skrip oleh Panel MIG. DEWI LASAK mengisahkan tentang tiga adik-beradik iaitu Seri, Dewi dan Qistina yang dibesarkan oleh bapa tunggal mereka, Jiman. Meskipun tiga beradik ini dibesarkan bersama-sama sejak kecil namun personaliti mereka amat berbeza dengan penampilan mereka.

Seri merupakan kakak sulung dan bekerja sebagai wartawan jenayah. Seri mempunyai raut wajah yang jelita tetapi dia seorang yang tegas dan amat sensitif dengan isu wanita. Selepas hubungan cintanya dengan seorang lelaki berantakan tidak lama dulu, Seri terus menjarakkan dirinya daripada lelaki dan menyibukkan diri dengan tugasnya.

Dewi adik kedua yang mempunyai sifat tomboy, sememangnya tidak suka berdandan. Walaupun sikapnya agak lasak, namun Dewi seorang yang setia dan dia sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Izani. Dewi ingin berkahwin dengan Izani tetapi dia tidak mahu melangkah bendul. Jadi Dewi bersungguh-sungguh mencari calon suami yang sesuai untuk kakaknya.

Qistina pula adik bongsu yang manja dan masih lagi menuntut pengajian di sebuah kolej. Qistina pernah menjadi mangsa ragut dan sejak itu dia telah mendaftar diri di sebuah kelas karate untuk menggilap keupayaan bertarungnya. Malah Qistina juga meminati pemilik kelas karate itu, Faiz.

Dewi mengikuti Qistina ke kelas karate dan bertemu dengan Faiz. Dewi merasakan Faiz adalah calon yang sesuai buat kakaknya, Seri. Dewi terus mengambil peluang itu untuk merapatkan hubungan Seri dan Faiz. Berkat sokongan Dewi, Seri akhirnya bersetuju untuk keluar bersama Faiz. Keadaan ini menimbulkan rasa cemburu dalam diri Qistina yang sememangnya meminati Faiz dalam diam.

Kemudian Qistina beralih arah kepada Joshua. Bibit cinta mula terkuntum. Tanpa Qistina sedari, Joshua sebenarnya sedang cuba memerangkap Qistina ke kancah jenayah. Qistina yang mula menjauhkan diri dari keluarganya akhirnya terperangkap dengan pujukan Joshua untuk menjadi pelayan di sebuah kelab. Rakan Qistina, Akil mendapat tahu hal itu dan terus memberitahu Dewi tentang niat buruk Joshua itu. Kedua-dua kakak ini terus mengetepikan masalah peribadi dan menyelamatkan adik mereka daripada terus terjerumus ke dalam kancah jenayah.

Sedang Seri mengintip Joshua, dia ternampak lelaki itu dengan satu kumpulan penjenayah, geng Tony yang terlibat dalam salah satu kes yang sedang disiasatnya. Seri cuba mempergunakan Joshua untuk mendedahkan kegiatan jenayah geng Tony. Namun, Seri menerima padah apabila geng Tony terus menangkap dan cuba membunuh Seri. Apakah yang akan berlaku selepas itu? Mampukah Seri dan Dewi mengembalikan Qistina ke dalam hidup mereka seperti dahulu? Sementara itu, apakah kesudahan hubungan Dewi dan Faiz? Siapakah yang harus berkorban untuk melihat orang tersayang bahagia?

Jangan lepaskan peluang menyaksikan DEWI LASAK menerusi slot waktu terbaru Aksi, setiap hari Rabu jam 9.00 malam di TV3. Penonton yang terlepas menyaksikan DEWI LASAK boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan juga layari Facebook & Twitter TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini.

Pengarah Pierre Andre bersama dua peneraju utama, Bella Dally dan Atikah Suhaime

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yuna Bakal Buat Konsert Pertama di Istana Budaya

Shahrizal Jaszle Jadi Nelayan di Semporna Sabah