in , ,

Inisiatif Amal TV3 & #IAMFAITHMEN Menyuntik Semangat Positif 

Ramadan ini, TV3 meneruskan kolaborasi dengan Faizal Tahir dan Faithmen atau lebih dikenali dengan gelaran #iamFaithmen yang telah menerima pengiktirafan dengan Anugerah Sukarela Terbaik oleh Jabatan Perdana Menteri untuk menjalankan aktiviti membantu secara atas talian.

Sejak penularan wabak COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), rakyat Malaysia bukan saja berhadapan dengan kekangan kewangan, malah mereka juga mengalami tekanan emosi untuk meneruskan kelangsungan hidup terutamanya golongan yang kurang upaya.

Tidak lupa juga kepada para sukarelawan yang tidak putus asa untuk terus membantu mereka yang lebih memerlukan. Selain bantuan secara fizikal yang berbentuk barangan keperluan, TV3 dan #iamFaithmen juga memberi sokongan moral dan menyuntik semangat positif menerusi panggilan video oleh Faizal Tahir untuk melihat, mendengar dan menyelami perasaan serta emosi mereka. 

Inisiatif Amal TV3

Faizal Tahir berkongsi pengalaman TV3 dan #iamFaithmen melakukan kerja-kerja amal di tempoh PKP,

“Alhamdulillah, walaupun dalam keadaan PKP, ia bukan penghalang bagi kami untuk terus memberikan bantuan.

Kami bersyukur kerana masih ada orang yang dapat membantu kita dari segi penghantaran barang-barang.

Usaha ini juga dapat dilakukan dengan teknologi yang ada, tanpa teknologi, mungkin kita akan rasa susah.”

“Semua orang boleh bagi bantuan, tapi siapa yang dapat memahami kesunyian. Dari segi emosi, tidak semua orang boleh bantu kerana bukan semua orang boleh berhadapan dengan tekanan PKP yang dialami oleh individu tersebut.

Mungkin juga ada orang yang berpendapat, kita perlu hadir secara fizikal untuk memberi bantuan. Bagi saya, ia tidak perlu.

Saya pilih untuk sentiasa berfikiran positif dan mencari jalan penyelesaian dalam membantu mereka yang memerlukan.  

Jadi, kami meneruskan inisiatif ini secara atas talian di tempoh PKP,”

Kami telah menghulurkan bantuan segera kepada keluarga-keluarga daif dan golongan kurang berupaya di tempoh PKP bermula hari ke-45.

Selain memberi barangan dapur kepada orang tua yang menghuni di Mesra Home, tindakan membeli serunding dan kuih tart yang dihasilkan oleh para penghuni menjadi lebih bermakna apabila usaha mereka untuk mencari rezeki sendiri dihargai. 

Golongan gelandangan di Anjung Singgah dapat menikmati juadah berbuka puasa yang disediakan oleh mereka.

Sebagai tanda sokongan kepada golongan kurang upaya, pasukan ini membeli roti daripada Persekutuan Orang Pekak Malaysia (Malaysian Deaf Federation, MDF) untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan.

Mereka juga membekalkan toiletries kepada golongan ini. 

– Faizal Tahir

TV3 dan #iamFaithmen juga telah membantu ibu-ibu Chow Kit dengan membelikan barangan dapur untuk mereka menyediakan juadah berbuka puasa untuk 200 orang. Sebanyak 60 keluarga di Buku Jalanan Chow Kit juga diberikan barangan keperluan asas untuk menampung kehidupan mereka.

Inisiatif Amal TV3

Tidak lupa juga kepada petugas barisan hadapan, kami akan berkongsi kisah seorang penghantar foodpanda dan penyelia stesen minyak Petronas yang komited menjalankan tugas mereka sepanjang tempoh PKP.

Selain itu, kami juga akan berusaha meringankan beban petugas barisan hadapan dengan membantu ahli keluarga mereka dalam  persiapan Hari Raya Aidilfitri. 

Sebanyak 4 klip video  dihasilkan untuk memaparkan inisiatif amal TV3 bersama dengan #iamFaithmen. Video-video tersebut telah disiarkan di laman media sosial Facebook dan IGTV di akaun rasmi TV3. Nantikan video terakhir yang akan disiarkan pada 21 Mei 2020.

Ikuti perkembangan terkini dan paparan menarik tentang kempen Setulus Ikhlas sepanjang bulan Ramadan dan Syawal di laman sesawang rasmi iaitu www.bharian.com.my/setulusikhlas dan www.ohbulan.com/setulusikhlas. Ia turut memuat naik pelbagai maklumat program menarik sepanjang bulan Ramadan dan Syawal serta juga paparan video eksklusif, artikel dan berita tentang selebriti popular tanah air. 

Gunakan tanda pagar #SetulusIkhlas, #RamadanMasihOn dan #RayaMasihOn dalam menghangatkan lagi perbualan media sosial anda! 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Menang Hadiah Wang Tunai Bersama MyGameOn

Inteam Lancar Persembahan Atas Talian