Menu

Sensasi Selebriti

Portal Berita Hiburan, Trending & Viral, Acara, Travel, Gaya Hidup & Tech Gadget Terkini

in , , ,

Inilah 10 Foto Sekitar Rumah Mewah Wawa Zainal & Aeril Zafrel

Pasangan pelakon terkenal, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal berkongsi beberapa keping gambar yang memaparkan sekitar hiasan dalaman di beberapa sudut kediaman mereka.

Menerusi perkongsian foto di laman sosial Instagram, kelihatan perabot, susun atur dan perhiasan mahligai pasangan suami isteri ini yang cukup mewah juga eksklusif.

Lama bekerja keras, inilah hasil yang diterima daripada titik peluh mereka berdua yang cemerlang dalam bidang perniagaan kosmetik diceburi. 

Difahamkan, pasangan selebriti popular yang semakin jarang muncul di kaca televisyen ini telahpun menjadikan dunia perniagaan sebagai keutamaan dalam menjana pendapatan. 

Malah mereka juga tidak menafikan khabar angin yang mengatakan mereka sudah mencapai status jutawan selepas lebih tiga tahun berkecimpung mengusahakan bisnes sendiri. 

Untuk info, Wawa dan Aeril yang mendirikan rumah tangga pada tahun 2013, sehingga kini dikurniakan tiga orang anak, iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa dan Aya Soffya.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Exit mobile version