in , ,

Pemenang Anugerah JOOX MALAYSIA TOP MUSIC AWARDS Pertengahan Tahun 2020

“JOOX Malaysia Top Music Awards” (Pertengahan Tahun 2020) meraikan muzik serta artis terbaik Malaysia dan antarabangsa

  • YonnyBoii, Dato ‘Sri Siti Nurhaliza, Zynakal, Naim Daniel dan Floor 88 dinobatkan sebagai “Top 5 Artis: Lokal” yang telah dipilih oleh para peminat
  • Hampir 100,000 peminat muzik Malaysia telah mengambil bahagian dengan  melakukan hampir 1.5 juta undian bagi menjayakan anugerah berprestij ini yang julung kalinya di bawakan oleh JOOX Malaysia

[Kuala Lumpur – 12 September, 2020] – Artis Malaysia yang paling popular, hangat dan berbakat diraikan bersama artis antarabangsa kerana JOOX, platform penstriman paling berdedikasi di Asia, dengan bangganya mengumumkan para pemenang JOOX Malaysia Top Music Awards 2020 (Pertengahan Tahun 2020) yang pertama!

Hampir 100,000 pengguna JOOX di Malaysia telah mengambil bahagian dan memberikan sokongan yang padu kepada lagu dan artis kegemaran mereka dan  hampir 1.5 juta undian telah terkumpul  sepanjang tempoh pengundian dilakukan. Acara yang dilancarkan sempena kempen High5JOOX untuk meraikan ulang tahun ke-5 platform penstriman ini memberi pengiktirafan kepada artis-artis dan muzik lokal, antarabangsa, dan K-Pop

Top-5-Artist-Local-Cover

Peminat muzik Malaysia telah memilih artis dan muzik lokal kegemaran mereka yang terdiri daripada pelbagai genre seperti hip-hop, pop balada sehinggalah ke rock. Mereka telah menobatkan YonnyBoii, Dato ‘Sri Siti Nurhaliza, Zynakal, Naim Daniel dan Floor 88 sebagai “Top 5 Artis: Lokal”. Untuk anugerah “Top 5 Hits: Lokal”, para pecinta muzik tanah air telah memilih ‘Peluang Kedua’ – Nabila Razali, ‘Sembah’ – Naim Daniel dan Man Keedal, ‘Biar’ – YonnyBoii,’ ‘Janji’ – Sufian Suhaimi dan ‘Yang Benar’ – Floor 88 sebagai lagu paling popular di Malaysia untuk pertengahan tahun 2020. Selain pemenang-pemenang di atas, pengguna JOOX di Malaysia juga telah menobatkan artis kesayangan Malaysia, Dato’ Sri Siti Nurhaliza sebagai “Paling Popular: Artis Lokal”, dan lagu ‘Sembah’ yang dilantunkan oleh Naim Daniel dengan penampilan istimewa Man Keedal sebagai “Paling Popular: Lagu Lokal”. 

Most-Popular-Final-Siti

Foto-foto artis bersama anugerah yang di menangi

AwardsWinners
Paling Popular: LokalTop 5 Artis: LokalTop 5 Hits: Lokal Naim Daniel 
Top 5 Artis: LokalTop 5 Hits: LokalYonnyBoii
Top 5 Artis: LokalTop 5 Hits: LokalFloor 88
Top 5 Hits: LokalSufian Suhaimi

Kesungguhan dan dedikasi yang ditunjukkan oleh peminat muzik tanah air dalam menyokong artis Malaysia yang sangat memberangsangkan merupakan kemenangan bagi JOOX, yang sentiasa berdedikasi untuk menyokong muzik tempatan, ini terbukti  dengan kejayaan projek JOOX ORIGINALS, salah satu inisiatif JOOX, yang menampilkan artis-artis berbakat dan  terbaik di negara ini. JOOX juga berusaha untuk memenuhi pelbagai selera pengguna dengan membawakan pelbagai muzik dari seluruh dunia dalam pelbagai bahasa.

Di pentas antarabangsa menyaksikan peminat muzik Malaysia telah menobatkan Alan Walker sebagai “Paling Popular: Artis Antarabangsa” di negara ini, dan juga turut berkongsi mendapatkan pengiktirafan di anugerah ini adalah Justin Bieber, Andmesh Kamaleng, Maroon 5 dan Ali Gatie terpilih sebagai “Top 5 Artis: Antarabangsa”. Lagu yang dibawakan oleh Ariana Grande dan Justin Bieber, ‘Stuck with U’ menjadi pilihan peminat sebagai “Paling Popular: Lagu Antarabangsa”, bukan itu sahaja, lagu  ‘Yummy’ – Justin Bieber‘Who’ – Lauv‘End of Time’ – K-391 dan ‘To Die For’ – Sam Smith terpilih sebagai penerima anugerah “Top 5 Hits: Antarabangsa”.

Anugerah berprestij ini  dilengkapkan  dengan pengiktirafan kepada muzik K-Pop yang telah menjadi salah satu genre muzik terhangat dan popular di negara ini dan juga peringkat antarabangsa. Pengguna JOOX Malaysia telah menobatkan ‘Any Song’ – Zico, ‘ON’ – BTS, ‘WANNABE’ – ITZY, ‘Feel Special’ – TWICE ‘ dan ‘Eight’ – IU (prod & feat. SUGA) sebagai penerima “Top 5 Hit: K-Pop”. Para peminat muzik K-Pop di Malaysia juga telah menobatkan lagu ‘ON’ yang dibawakan oleh kumpulan boyband terhangat dunia, BTS sebagai “Paling Popular: K-Pop”.

Inginkan muzik terbaik yang dapat memberikan inspirasi kepada anda?  Jangan lupa untuk menyaksikan International Express, yang dibawakan secara khas untuk peminat dan penyokong setia JOOX, menampilkan artis-artis berbakat antarabangsa yang akan merancakkan lagi industri muzik dunia dengan mengadakan sesi interaksi secara langsung dengan peminat mereka di Asia. JOOX juga menyiarkan rancangan realiti  blockbluster Korea I-LAND, istimewa untuk dinikmati oleh semua pengguna dan juga membuktikan bahawa sentiasa ada acara yang menarik untuk semua orang di JOOX!

Nikmati akses 24/7 muzik popular dan terhangat 2020 di Malaysia melalui JOOX yang menyediakan lebih daripada 30 juta lagu di pustaka muzik dari seluruh dunia, muat turun JOOX di  telefon melalui Apple App Store dan Google Play Store, atau  layari laman web JOOX

Pemenang Anugerah “JOOX Malaysia Top Music Awards” (Pertengahan Tahun 2020):

AnugerahPemenang
Paling Popular: Artis LokalDato’ Sri Siti Nurhaliza
Paling Popular: Lagu LokalSembah – Naim Daniel ft. Man Keedal
Paling Popular: Artis AntarabangsaAlan Walker
Paling Popular: Lagu AntarabangsaStuck with U – Ariana Grande ft. Justin Bieber
Paling Popular: KPOP ON – BTS

Top 5 Artis: Lokal

Artis
YonnyBoii
Dato’ Sri Siti Nurhaliza
Zynakal
Naim Daniel 
Floor 88

Top 5 Hits: Lokal

LaguArtis
Peluang KeduaNabila Razali
SembahNaim Daniel ft. Man Keedal
BiarYonnyBoii
JanjiSufian Suhaimi
Yang BenarFloor 88

Top 5 Artis: Antarabangsa

Artis
Alan Walker
Justin Bieber
Andmesh Kamaleng
Maroon 5
Ali Gatie

Top 5 Hits: Antarabangsa

LaguArtis
YummyJustin Bieber
WhoLauv ft. BTS
Stuck with UAriana Grande ft. Justin Bieber
End of TimeK-391 ft. Alan Walker
To Die ForSam Smith

Top 5 Hit: K-Pop

LaguArtis
Any songZico
ONBTS
WANNABEITZY
Feel SpecialTWICE
eightIU (prod.& ft. SUGA of BTS)

What do you think?

47 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Peraduan Premiere With Budiey Menonton Filem GHOSTS OF WAR

Rangka iPhone 12 Pro Tertiris, Sah Hadir Dengan Pengesan LiDAR