in , ,

Ini Sebab Kenapa Anda Patut ‘Restart’ Telefon Pintar Anda Sekali Seminggu

Untuk kebanyakan dari kita, telefon pintar merupakan alat penting yang memberi impak terhadap bagaimana kita berkomunikasi, dan juga melihat atau membaca berita-berita baharu dalam masa sekelip mata. Akan tetapi dalam konteks telefon pintar sebagai alat, adakah anda turut menjaga ‘kesihatan’ telefon pintar dengan betul dan selayaknya?

Harus diakui telefon pintar kini merupakan ‘alat wajib ada’ bagi setiap orang . Jika dahulu ia hanya digunakan sebagai alat untuk berkomunikasi, kini fungsinya lebih dari itu. Bukan sahaja ditangan hampir setiap masa, telefon pintar juga kini sudah menjadi medium anda untuk mendapatkan info dan juga maklumat terkini.

Malah waktu penggunannya juga semakin bertambah disebkan pertambahan ciri-ciri yang boleh menggantikan beberapa alatan penting lain seperti radio, jam tangan, diari, kamera, dan banyak lagi.

Justeru selamat untuk dikatakan telefon pintar anda sebenarnya tidak pernah berehat dan sentiasa ‘bersedia’ untuk anda.

Tahukah anda hanya dengan menghidupkan semula telefon pintar atau mematikannya, telefon anda akan mempunyai kesihatan yang lebih baik.

Namun, kenapa? Kenapa perlu menghidupkan semula telefon pintar? Jika gunakan sahaja tanpa perlu hidupkan semula, apa bezanya pula?

gadget-telco-celcom-telefon-hiasan

Kenapa Perlu Hidupkan Semula Telefon Pintar?

Namun tahukah anda peranti ini juga sebenarnya perlu dijaga kesihatannya? Ia boleh dilakukan dengan melakukan satu cara mudah iaitu menerusi proses ‘restart’ .

Ya, matikan telefon anda dan biarkan ia padam sekurang-kurangnya seminit kemudian dan kemudian hidupkannya kembali. Anda digalakkan untuk melakukan proses ini minimum sekali seminggu.

Tapi kenapa? Apa bezanya dengan membiarkan peranti anda berjalan seperti biasa ?

Demi Melancarkan Prestasi

Sebenarnya terdapat beberapa sebab kenapa anda perlu hidupkan semula telefon pintar. Ini bagi memastikan prestasi peranti tersebut lancar dan tidak mengalami sebarang masalah.

Selain itu tindakan tersebut akan membantu :

  1. Mengembalikan semula memori
  2. Mengelakkan sisterm operasi anda mengalami crash
  3. Memanjangkan jangka hayat bateri
  4. Mengoptimumkan kelancaran

Nampak macam tidak percaya kerana terlalu banyak kelebihan yang boleh didapati hanya dengan menghidupkan semula telefon pintar. Namun, itu adalah hakikatnya.

Menurut seorang konsultan teknologi, Bob Motamedi yang berpangkalan di Los Angeles , dalam penggunaan seharian, aplikasi yang kita tutup di peranti kita sebenarnya bukanlah ditutup sepenuhnya.

Sebaliknya ianya diletakkan dalam keadaan ‘standby’ bagi membolehkan ianya dibuka lebih pantas pada masa seterusnya. Sekarang bayangkan beberapa banyak aplikasi yang anda gunakan setiap hari?

Kesemua aplikasi ini sebenarnya memakan memori dan turut menggunakan kuasa bateri tanpa kita sedari justeru membuatkan peranti anda cepat kehabisan bateri.

Jadi dengan melakukan ‘restart’, kesemua aplikasi akan tertutup sepenuhnya, memori peranti anda juga akan membuang segala benda yang pernah anda layari sebelum ini.

Proses ini jika diringkaskan umpana anda memberikan peranti anda ‘nap’ untuk seketika.

Berapa Banyak Kali Perlu Hidupkan Semula?

Tiada aras piawaian yang ditetapkan berapa kali anda perlu hidupkan kerana kita semua menggunakan telefon pintar setiap hari dan ‘tanpa henti’.

Namun sebagai norma, anda digalakkan untuk menghidupkan semula telefon pintar anda sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Disebabkan proses menghidupkan telefon pintar tidak mengambil masa yang lama, jika anda menghidupkannya semula lebih dari sekali dalam masa seminggu pun tidak menjadi masalah.

Asalkan anda ada menghidupkan semula telefon pintar dan menjadikannya kebiasaan ketika menggunakan telefon pintar.

Kesimpulannya?

Walaupun perbuatan menghidupkan semula telefon pintar nampak ringkas, disebalik proses ini jugalah terkandungnya antara kaedah mudah bagaimana anda boleh menjaga kesihatan telefon pintar anda.

Dengan menghidupkan semula telefon pintar sekurang-kurangnya seminggu sekali, bukan sahaja anda boleh mengelakkan masalah aplikasi atau sistem perisian crash yang tidak diduga, malah turut boleh memanjangkan jangka hayat telefon pintar.

Dan yang paling penting, sudahkan anda hidupkan semula telefon pintar anda hari ini?

*Sumber: Wiser

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Henry Golding Dicanang Jadi Bintang Utama Filem ONE PUNCH MAN Versi Live-action

Zarina Anjoulie & Fara Mendoza Masih Belum Berdamai, Bersengketa Sampai Hari Ini