in , ,

Ini Rangkuman Pencapaian Tahun 2023 & Perancangan Tahun 2024 Santan

Rancang menawarkan perkhidmatan kepada syarikat penerbangan lain & pelbagai mod pengangkutan seperti kereta api dan bas.

Tahun 2023 merupakan satu tahun yang membuktikan komitmen pasukan Santan yang tidak berbelah bahagi terhadap kecemerlangan dan inovasi dalam urusan penyediaan perkhidmatan dalam penerbangan anda. Kami telah berkembang secara konsisten, seiring dengan airasia tetapi kini kami sudah bersedia untuk mengembangkan perkhidmatan kami di luar syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia. 

Fokus kami pada tahun lepas adalah untuk mencorakkan semula pengalaman di dalam penerbangan. Kami menolak segala jenis kekangan dan memperkenalkan pelbagai ciptaan hidangan inovatif yang memenuhi selera pelbagai jenis tetamu di seluruh dunia. Hidangan klasik seperti Nasi Lemak Pak Nasser dan Nasi Ayam Uncle Chin kekal menjadi pilihan kegemaran, namun inovasi menu yang kami perkenalkan setiap 3 bulan menawarkan satu jamuan istimewa yang telah mendapat sambutan amat memberangsangkan. Produk terbaru kami, Kopi Istimewa Santan (Santan Specialty Coffee) & perahan santan (coconut milk) sebagai satu alternatif berasaskan tumbuhan (plant based alternative), beserta Kapsul Santan 92’s Signature Blend mencerminkan dedikasi kami untuk menawarkan pilihan unik yang tiada di dalam mana-mana penerbangan lain. Ini telah menawarkan satu pengalaman yang lain dimana tetamu dapat menikmati keenakan kopi berkualiti tinggi yang sedap walaupun pada ketinggian 30,000 kaki di udara. 

Kerjasama telah menjadi nadi perkembangan kami. Kolaborasi dengan pelbagai jenama terkenal dan satu platform untuk mempromosi syarikat tempatan telah kami perkenalkan melalui ‘The Next Big Thing‘. Projek ini menekankan komitmen kami untuk menawarkan pengalaman unik untuk tetamu dimana mereka boleh membeli belah dan pada masa yang sama menyokong pelbagai jenama buatan tempatan. Kami berbangga dengan kerjasama yang telah kami ambil setakat ini, namun kami tidak sabar untuk  meningkatkan usaha ini dengan lebih besar.

Pendekatan kami terhadap pemilihan barangan bebas cukai juga mencerminkan komitmen kami terhadap kecemerlangan. Kami sentiasa bekerjasama rapat dengan pemain industri dalam memastikan bahawa hanya produk yang terbaru dan paling diidamkan dijual dalam penerbangan AirAsia.

Penjagaan alam sekitar kekal satu faktor penting di Santan. Pelbagai inisiatif telah kami jalankan seperti pembungkusan mesra alam, pencarian bahan-bahan sumber tempatan dan lain-lain yang  menggariskan ikrar kami untuk meminimumkan jejak alam sekitar kami (minimize our environmental footprint). 

Datangnya tahun 2024, aspirasi kami lebih tinggi lagi. Tumpuan kami kekal teguh: untuk mempertingkatkan keseluruhan pengalaman perjalanan anda dengan memberikan santapan dan layanan dalam penerbangan yang luar biasa secara konsisten. Semasa kami menerokai perancangan tahun baharu ini, inovasi, kemampanan dan kepuasan penumpang kekal sebagai teras kepada apa sahaja yang kami lakukan.

Kami teruja untuk mengumumkan bahawa Santan kini telah bersedia untuk berkembang melangkaui AirAsia untuk memberi perkhidmatan kepada rangkaian syarikat penerbangan lain. Rekod dan prestasi kami dalam mencipta pengalaman dalam penerbangan telah meletakkan kami sebagai sebuah syarikat yang boleh memenuhi kehendak pelbagai syarikat penerbangan. 

Selain itu, komitmen kami melangkaui langit; kami juga mencari peluang untuk menawarkan perkhidmatan kami kepada mod pengangkutan lain seperti kereta api dan bas, menerokai pasaran baharu dan peluang untuk menaiktaraf pengalaman sektor tersebut. Kami amat teruja untuk memajukan pelbagai jenis sektor pengangkutan. 

Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada keluarga Santan. Sokongan anda yang tidak berbelah bahagi telah menyemarakkan keazaman kami untuk terus menjadi sebuah syarikat penyediaan makanan dan penjualan barangan yang terbaik. 

Nantikan dan perhatikan apa yang kami sediakan untuk anda tahun ini – lebih banyak kejutan menarik menanti!

Dari Santan, dengan penuh kasih sayang,  

Catherine Goh airasia
Catherine

#TahukahAnda

  • Secara purata; 11.2 juta makanan Santan dinikmati oleh tetamu dalam penerbangan setiap tahun. 
  • Item paling popular dalam menu? Semestinya Nasi Lemak Pak Nasser dan Nasi Ayam Uncle Chin!
  • Santan menjual 720 hidangan Nasi Lemak Pak Nasser setiap jam!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Antonim Himpun Kisah Suka & Duka Sepanjang 17 Tahun Hael Husaini

Galaxy XCover7 & Galaxy Tab Active5 Untuk Kerja Lasak Perusahaan Masa Kini