in , ,

Ini Pesanan Terakhir Saleem Buat Syafiq Farhain

Dalam ramai-ramai anak Saleem, sudah tentu Syafiq Farhain antara tunggak keluarga selepas kematian Saleem. Bakat yang dikurniakan kepada Syafiq adalah anugerah dan merupakan legasi keturunan Saleem. Selepas ini, mungkin Syafiq akan dapat tawaran menyanyi kerana vokal beliau seakan sama dengan ayahnya.

Selepas solat Zuhor tengahari tadi, jenazah penyanyi popular, Saleem telah selamat dikebumikan di Tanah Islam Perkuburan Cheras Perdana.

Lebih 300 saudara, kenalan serta rakan artis dan sebilangan media telah hadir di surau berkenaan bagi memberi penghormatan terakhir kepada allahyarham.

Saleem atau nama sebenarnya, A.M Salim Abdul Majeed, 57, sebelum ini terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada 21 September lalu.

Syafiq Saleem

BACA BERITA LANJUT: SALEEM MENINGGAL DUNIA

Berbuat Baik Kepada Semua Orang

Antara yang hadir sudah pasti anak kepada Saleem yang kini turut mengikut jejak langkah allahyarham iaitu Syafiq Farhain.

Menurut Syafiq semasa ditemubual media:

“Ayah ada berpesan. Pesanan itu akan sentiasa diingati, apatah lagi kini turut mengikut jejak ayahnya menjadi insan seni.

“Saya begitu terasa apabila kehilangan orang yang tersayang. Meskipun tidak membesar sepenuhnya bersama ayah, arwah ada menitipkan pesanan supaya sentiasa berbuat baik tanpa mengira sesiapa.

“Kehilangannya itu tiada ganti dan saya yakin, meskipun sudah tiada, karyanya akan terus hidup dan subur di hati ramai,” – Syafiq

Sempat Bertemu Sebelum Meninggal

Syafiq berkata, selepas ayahnya mendapat kemalangan pada 20 September lalu, dia sempat menziarahinya yang ketika itu menerima rawatan di sebuah hospital di Kajang, Selangor.

“Selepas itu, saya mula sibuk dengan persiapan untuk konsert akhir Big Stage. Selepas itu, saya mendapat tahu arwah dibenarkan pulang sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), tiga hari lalu.” – Syafiq

Saleem yang menghembuskan nafas terakhir jam 6.30 pagi tadi selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Cheras Perdana, kira-kira jam 2 petang tadi.

Allahyarham meninggalkan lima cahaya mata hasil perkahwinan pertama iaitu Nurluqman Hakim, 30; Nurul Hidayah, 28; Nurfahmie Jufrie, 26; Nur Syafiq Farhain, 24; dan NurulAzwanie Shuhada, 18; serta Mohd Amirul Mukmin, 15, hasil perkahwinan bersama Julia Bachok.

Sumber: Berita Harian

Foto Kredit: MalaysiaGazette

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Timberland Product | 14

Timberland’s 45th Anniversary at Mid Valley

Jenazah Saleem Selamat Dikebumikan