in ,

Ini Kisahnya Kenapa Emma Watson Follow Remaja Ini Di Instagram

Siapa tak seronok bila artis kegemaran kita follow kita balik di sosial media kan? Begitu juga dengan remaja yang berusia 18 tahun ini.

Dirinya masih dalam separa sedar apabila notifikasi laman Instagramnya di follow oleh selebriti Hollywood Emma Watson. Ya! Emma Watson yang berlakon siri filem Harry Potter itu follow remaja yang bernama Nurul Syahira binti Mohd Nordin.

Menerusi keterangannya di laman IG Story nya, dan sedikit temu bual Bersama Remaja, Remaja, ikuti kisah bagaimana dia menjadi fames dalam masa beberapa saat setelah Emma Watson follownya di laman Instagram.

Bila Emma Watson Follow

Bagaimana Perasaan Sera Pada Masa Tu?

“Serious Sera tak sangka yang Emma Watson akan follow Sera. Ketika itu pada bulan 12 tahun 2018. Terkejut jugak lah bila Sera dapat notifikasi Emma follow Sera. Masa tu Sera baru saja bukak account Instagram.

Bila Sera tengok, ada 5 orang followers yang follow termasuk EMMA WATSON! Sumpah Sera terkejut. Lepas tu, Sera screen shot, dan jadikan ia post pertama Sera, sejak tu semua followers Emma Watson dari seluruh dunia ni start follow Sera”.

– Sera

“Sejujurnya Sera sendiri tak tahu macam mana nak hack dan fungsi autofollow semua tu. Kalau dah tak tahu, macam mana nak buat kan? Biasalah dengan netizen tu. Sebenarnya, masa awal-awal pun dah kena [email protected] dah, tapi tak seteruk baru-baru ni. Tak tahan dengan [email protected] netizen, Sera buat keputusan untuk DM Emma dan suruh dia unfollow Sera. Tapi, Emma tak notice lagi DM Sera tu”.

Bila Emma Watson Follow
Bila Emma Watson Follow

Alahai netizen ni, tak kisahlah Emma Watson ter follow ke, atau kena hack ke apa ke. Yang penting memang terbukti Emma Watson to follow Sera. Janganlah jealous dengan pencapaian orang lain.

Apa-apa pun, REMAJA salute dengan Sera sebab bukan senang selebriti Hollywood nak follow kita-kita yang biasa-biasa ni. Sera yang berasal daripada Semenyih ini juga kongsi dengan kami bahawa dia amat berminat dalam bidang nyanyian.

Selesdai Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Jangan Menyerah, Ayo Sekolah,” Lagu Si Nopal Tular Sebab Asyik Terngiang di Kepala Wany Hasrita

BLACKPINK Bakal Muncul di TV Amerika Syarikat