in , , ,

BLACKPINK Bakal Muncul di TV Amerika Syarikat

Nama kumpulan K-Pop wanita seksi, BLACKPINK semakin menjadi-jadi. Selain merancang konsert jelajah di Amerika Syarikat hujung tahun 2019, kumpulan BLACKPINK menerima jemputan untuk buat persembahan di kaca TV di Amerika Syarikat.

Terbaharu, menurut sumber CBS, BLACKPINK akan buat persembahan dalam rancangan bual bicara lewat malam dihoskan oleh pelawak Amerika Syarikat, Stephen Colbert esok.

Kumpulan yang dianggotai oleh Jennie, Jisoo, Lisa dan Rose itu dijadualkan akan buat showcase di Ed Sullivan Theater di New Yoir pada 11 Februari dan sudah tentu akan ditemuramah oleh Colbert. Untuk rekod pembaca, ini adalah kemunculan pertama BLACKPINK di kaca TV Amerika Syarikat. Haa, percaya atau tidak?

004 Blackpink

Bukan itu sahaja, keesokannya iaitu pada 12 Februari, BLACKPINK akan tampil buat persembahan pula dalam GOOD MORNING AMERICA (GMA) di Times Square. Kepada peminat yang tak berpeluang menonton, nantikan sahaja video di Youtube. Pasti ada punya!

Sebelum ini, selebriti lain yang pernah buat kemunculan dalam The Late Show with Stephen Colbert termasuk bekas Setiausaha Negara Hillary Clinton, penyanyi Lady Gaga, pelakon Ryan Reynolds, penyanyi Justin Timberlake dan pelakon Jack Black.

Ini bukan interaksi pertama kali Colbert dengan artis dari Korea. Sebelum ini, Colbert pernah menari dengan penyanyi Rain ketika rancangan THE COLBERT REPORT pada tahun 2008.

Kumpulan BLACKPINK dilancarkan pada tahun 2016 oleh YG Entertainment Korea Selatan dan menandatangani kontrak dengan Interscope Records dan Universal Music Group (UMG) tahun lalu.

Album mini mereka berjudul SQUARE up 2018 berada di tangga ke-40 Billboard 200 sementara single hit mereka, Dhu-Du Dhu-Du berada di tangga ke-55 dalam carta Billboard Hot 100 Chart.

Kumpulan yang dianggotai oleh empat wanita iaitu Jennie, Jisoo, Lisa dan Rose ini baru sahaja mengumumkan untuk buat showcase hujung minggu ini di Coachella dan dilaporkan memulakan jelajah dunia 2019 ke Amerika Syarikat akhir tahun ini.

Video muzik single DDU DU DDU DU telah meraih sebanyak 657 juta tontonan setakat ini.

BLACKPINK akan berada di Malaysia pada 23 dan 24 Februari 2018 ini untuk konsert mereka. Dikatakan tiket laris seperti goreng pisang panas!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ini Kisahnya Kenapa Emma Watson Follow Remaja Ini Di Instagram

Romantiknya! Nadia Brian Terima Lamaran Kekasih di Menara Eiffel Paris