in , ,

Cara Astro Go Shop Sambut Pesta Kaamatan & Hari Gawai 2022

Astro Go Shop menyambut Pesta Kaamatan & Hari Gawai dengan 
diskaun sehingga 40% dan PENGHANTARAN PERCUMA ke Malaysia Timur

Go Shop, platform beli-belah barangan rumah dan ecommerce terkemuka di Malaysia meraikan pesta penuaian menerusi kempen Kaamatan dan Gawai dengan menawarkan diskaun sehingga 40% dan penghantaran percuma ke Malaysia Timur hingga 5 Jun. Ia merupakan sebahagian daripada promosi untuk perayaan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai tahun ini. Pelanggan boleh menikmati diskaun RM15 dengan menggunakan kod GOSHOP15 dengan perbelanjaan minimum RM180 dan GOSHOP35 untuk menikmati diskaun RM35 dengan perbelanjaan minimum RM300. 

Ini Cara Astro Go Shop menyambut Pesta Kaamatan & Hari Gawai

Kempen ini akan menawarkan pelbagai jenis produk termasuk peralatan rumah, dapur dan makanan, gaya hidup keislaman serta barangan runcit. 

  • Promosi baharu dan eksklusif yang menampilkan: Kolagen Green Caviar Kinohimitsu, Sarang Burung G&G, Thomson Activated Gingko, Pembersih Tekanan Tinggi Karcher, Shogun Wok oleh Zenith, Beg Tangan Hilly dan Peralatan Tempat Tidur Coletti. 
  • Jualan Best Sellers: Periuk Tekanan Primada, Loket Emas Ros Habib, Pembersih Vakum Khind, Basikal Lipat Aerofit, Ginseng Merah CheongKwanJang, Set Bagasi Urbanlite and Set Perkakasan Memasak Haushalt. 

Selain itu, para pelanggan boleh menemui jenama fesyen dan kecantikan terbaharu serta terkini di Go Shop melalui kempen Fashion & Beauty Spotlight dari 21 – 29 Mei dengan penghantaran percuma dan diskaun sehingga RM50. Kempen ini akan menampilkan jenama fesyen popular seperti Hush Puppies dan Hilly serta jenama penjagaan kulit yang popular seperti Crabtree & Evelyn dan Melvita. Saksikan program Fashion & Beauty Spotlight setiap Sabtu dan Ahad di Go Shop BAARU (Astro CH111) jam 11 pagi.

Ini Cara Astro Go Shop menyambut Pesta Kaamatan & Hari Gawai

Jangan terlepas tawaran-tawaran menarik melalui Go Shop di Astro – Go Shop RUUMA CH118, Go Shop GAAYA CH120, CH111 dalam Bahasa Malaysia dan CH303 dalam Bahasa Mandarin. Untuk maklumat lanjut, layari www.goshop.com.my atau muat turun aplikasi Go Shop daripada Google Play dan App Store. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lensa Viral Baharu Daripada Snapchat Diguna Oleh 1.3 Bilion Pengguna

Teruja Menanti Drama MONEY HEIST: KOREA – JOINT ECONOMIC AREA