in , ,

inDriver Mula Tawarkan Perkhidmatan E-Hailing Berpatutan Di Langkawi

inDriver, perkhidmatan e-hailing antarabangsa dengan lebih 100 juta pengguna di seluruh dunia, telah melancarkan perkhidmatannya di destinasi pelancongan terkenal, Langkawi, Kedah.

Model unik inDriver – Real-Time Deals (RTD) – yang membolehkan pengguna menentukan dan merunding harga sesuatu perjalanan, menjadikan aplikasi tersebut alternatif e-hailing yang terkenal di kalangan rakyat Malaysia, terutama ketika peningkatan terhadap permintaan dan harga perkhidmatan e-hailing.

Fungsi ini juga membolehkan pengguna mendapatkan perkhidmatan pada kadar lebih berpatutan pada bila-bila masa.

Roman Ermoshin, Pengarah Ride-Hailing untuk Asia Pasifik, inDriver berkata: “Kami amat gembira untuk mula menawarkan perkhidmatan kami di Langkawi. Oleh kerana Langkawi merupakan destinasi pelancong yang terkemuka, kami menjangka permintaan e-hailing akan meningkat, seiring dengan unjuran kemasukan pelancong tempatan dan asing ke pulau yang indah ini. Dengan kehadiran kami di Langkawi, pelawat dan penduduk tempatan akan dapat menikmati perkhidmatan e-hailing yang berkualiti, berpatutan dan memudahkan untuk keperluan mobiliti mereka.“

inDriver terus mengukuhkan kedudukan di Malaysia sebagai alternatif e-hailing yang menarik dengan meluaskan kehadiran di negara ini. Aplikasi tersebut membolehkan pengguna mendapatkan perjalanan yang berpatutan dengan pertama membuat tawaran melalui aplikasi tersebut.

Pemandu berdekatan akan menerima tawaran tersebut dan mempunyai pilihan sama ada untuk menerima atau menolak, atau merunding untuk harga yang lebih menarik. Penumpang kemudiannya akan mendapat beberapa tawaran balik, dan boleh memilih perjalanan yang memenuhi keutamaan mereka berdasarkan tambang, jangkaan masa ketibaan, model kenderaan dan penarafan pemandu.

inDriver menyediakan fungsi keselamatan termasuk pilihan untuk mengongsi lokasi GPS pengguna dan maklumat perjalanan dalam waktu nyata dengan orang hubungan terpercaya.

Selain itu, pengguna boleh berhubung dengan sokongan pelanggan jika mereka memerlukan bantuan. Sekiranya keadaan kecemasan berlaku, pengguna boleh menghubungi pihak berkuasa tempatan melalui butang kecemasan khas.

Buat masa ini, terdapat lebih 250 pemandu yang berdaftar dengan inDriver dan sedia berkhidmat di Langkawi. Pemandu juga boleh menikmati bayaran perkhidmatan sifar untuk masa yang terhad, memberikan mereka peluang untuk mencuba manfaat aplikasi tersebut secara percuma.

Aplikasi inDriver boleh dimuat turun secara percuma dari Google Play Store, Apple AppStore dan Huawei AppGallery.

Berkenaan inDriver

inDriver adalah platform IT dan pengangkutan global. inDriver merupakan salah satu perkhidmatan e-hailing atas talian paling pesat berkembang di dunia. Perkhidmatannya tersedia di lebih 600 bandar di 42 negara di seluruh dunia. Aplikasi syarikat tersebut telah dimuat turun lebih 120 juta kali. inDriver menawarkan perkhidmatan lain, termasuk pengangkutan antara bandar, perkhidmatan angkutan dan kargo, serta perkhidmatan penghantaran dalam operasi pasaran yang berbeza.

inDriver berpengkalan di Mountain View, California, dan mempunyai hab serantau di Amerika, Asia, Timur Tengah, Afrika dan negara Komanwel Negara-Negara Merdeka (CIS), dan mempunyai lebih 1,700 kakitangan. Pada awal 2021, inDriver mencapai status unicorn selepas penyelesaian dana pusingan bernilai AS$150 juta daripada Insight Partners, General Catalyst, and Bond Capital, yang menghasilkan penilaian harga syarikat itu kepada AS$1.23 bilion.

Untuk maklumat lanjut lawati www.inDriver.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hairul Azreen & Iedil Jawab Soalan ‘Panas’ Tentang Filem THE ASSISTANT

Superhero Ikonik Malaysia KELUANG MAN Kembali & Bakal Difilemkan