in , ,

Hairul Azreen & Iedil Jawab Soalan ‘Panas’ Tentang Filem THE ASSISTANT

Selang beberapa hari menjelang tayangan filem THE ASSISTANT, Budiey sempat menemubual pelakon Hairul Azreen dan Iedil dalam slot Borak Sini Habis Sini. Budiey sempat bertanyakan beberapa soalan berkaitan dengan lakonan mereka dalam filem arahan Adrian Teh.

Pertama sekali, dari segi terjemahan karakter, Iedil sebagai Zafik dan Hairul (Feroz) menjalankan peranan selaku bintang utama filem dengan sebaik mungkin.

Menurut Iedil, semua pelakon terutama Hairul banyak membantu beliau membawa watak dengan sebaik mungkin. 

Iedil merupakan seorang aktor yang hebat dan berkarisma dan itu telah ditonjolkan menerusi karakter Zafik.

Dalam temubual, Iedil mengatakan beliau tertarik dengan filem kerana pengarah Adrian Teh yang terkenal dengan garapan yang menarik dalam filem aksi. Sudah tentu peluang ini tidak akan disia-siakan.

Apabila bercakap tentang cabaran membawa watak, Hairul ada mendedahkan antara cabaran yang terpaksa ditempuhinya sepanjang menjayakan filem aksi, The Assistant apabila watak Feroz yang dimainkannya seakan-akan ‘mengikutnya’ hingga di luar set lokasi.

Ini membuatkan kehidupan Hairul terpengaruh dengan watak sedemikian sehinggakan dia sendiri tidak menyedari perubahan tersebut sehingga ditegur pengurus dan isterinya, Hanis Zalikha.

Hairul pula tak pernah lagi menemui filem yang seperti ini semasa kali pertama membawa skrip. Hairul pun mengakui, Iedil juga banyak membantu dalam menjayakan lakonan. 

Bagi Hairul, filem ini cukup suspen dan beliau begitu berbangga apabila dipilih sebagai pelakon. 

Untuk menjayakan watak, Hairul telah merujuk kepada watak Brad Pitt dalam sebuah filem. Terutamanya semasa membawa karakter yang sentiada ada ketawa. Hairul ada menafikan ura-ura dan khabar angin yang mengatakan Hairul meniru gaya ketawa dari sebuah watak drama siri popular. 

Apa-apa pun, bagi pandangan penulis, Hairul telah berjaya membuktikan, dengan karakter yang dipertanggungjawabkan kepadanya, audiens boleh merasai kesengsaraan, penyesalan dan nurani seorang bekas banduan yang dikhianati dan terpaksa meringkuk di sebalik tirai besi atas dosa tidak dikerjakannya.

Secara peribadi, tiada cela yang banyak tentang karakter Feroz, cuma barangkali ramai yang mengharapkan ada ‘nafas baharu’ dari bangku pengarah yang seringkali berkolaborasi dengan Hairul.

Kita boleh katakan bahawa Feroz membuka lembaran baharu buat Hairul sebagai seorang pelakon, namun tidak banyak yang boleh dicanang.

Dalam pada itu, karakter Feroz yang dijayakan oleh Hairul juga tidak mengecewakan biarpun ramai yang berpendapat, pelakon itu menjadi penyebab mengapa The Assistant kurang berbisa.

“Antara cabaran yang harus saya lalui ketika berlakon filem ini apabila watak Feroz seperti ikut saya pulang ke rumah. Ini pertama kali berlaku kepada saya sepanjang bergelar pelakon.

“Sewaktu pengambaran filem ini, saya ada diberikan hari cuti dalam dua hari. Ketika hari cuti itu, saya ada pengambaran lain untuk sebuah iklan syarikat insuran. Iklan itu juga adal babak yang memerlukan saya berlawan. Pelakon extra pula berdialog dengan saya ‘Kalau tak puas hati jom la kita fight’.

“Tanpa sedar, saya terus mencarut seperti yang Feroz lakukan dalam filem. Krew semua terdiam sebab tiada siapa yang berani tergur saya ketika itu. Kemudian, pengurus bagitahu saya yang klien kurang selesa dengan apa yang terjadi. Saya pun minta maaf dan teruskan shooting sehingga tamat,”

“Bila di rumah pula, ketika dengan anak-anak, ada sekali tu saya marah diorang dan saya tergelak. Saya gelak sama macam dalam filem ni. Ketika itu saya tak perasan langsung. Saya terpaksa telefon pengarah bagitahu yang Feroz ikut saya balik.

“Situasi tersebut sememangnya satu masalah buat saya. Saya tak pernah kena macam ni pun. Nak dijadikan cerita, seminggu sebelum habis shooting, perkara tersebut hilang.

“Kalau cerita pada orang lain mungkin mereka kata saya berlagak tapi itu sebenarnya yang terjadi. Saya tak perasan sampai pengurus dan isteri kena tegur saya. Kalau mereka tak cakap, saya pun tak tahu,”

The Assistant_Official Poster

Walaupun filem ini dibandingkan dengan filem suspen thriller yang lain, namun mengikut pendapat pelakon ini, filem ini ada gaya yang tersendiri dan tidak meniru mana-mana pelakon. Adrian Teh telah menggarap dengan gaya tersendiri yang membuatkan filem pop corn movie. 

Dalam pada itu, Hairul akui teruja apabila mendapat respon yang positif daripada penonton sewaktu filem ini ditayangkan di festival filem antarabangsa, Far East Film Festival (FEFF) Ke-24 di Udine, Itali.

“Kebanyakkan filem yang dimainkan di sana genrenya agak slow dan teralu ‘deep’.

– HAIRUL

Dari aspek teknikal seperti efek bunyi dan sinematografi, tidak keterlaluan jika disifatkan The Assistant antara yang terbaik dalam gelanggang filem tempatan selepas lebih dua tahun panggung sinematik tanah air terdampak pandemik Covid-19.

Selain Hairul, filem ini juga turut dibarisi pelakon-pelkon hebat seperti Iedil Dzuhrie Alaudin, Henley Hii dan Farali Khan. Tontonlah filem ini di pawagam berdekatan dengan anda!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HONOR

Satu Penanda Aras! HONOR Magic4 Pro Sah Tiba Di Malaysia 1 Jun Ini

TRAVEL

inDriver Mula Tawarkan Perkhidmatan E-Hailing Berpatutan Di Langkawi