in ,

Imran Ajmain Jiran Terdekat Dato’ Siti Nurhaliza?

Sedar tak sedar, kita dah pun masuk hari yang ke-5 beraya. Suasana meriah Aidilfitri masih diteruskan dengan amalan kunjung mengunjung dan rumah terbuka pastinya menjadi kunjungan kita untuk beramah mesra.

Tapi ada artis yang sorang ni, masuk raya ke-lima pun masih duk rumah aje, tak keluar mana-mana untuk beraya. Hanya tunggu sanak saudara datang dan kanak-kanak minta duit raya yek?

Artis yang dimaksudkan ialah Imran Ajmain, penyanyi dan juga pencipta lagu yang khabarnya sedang melahirkan ‘baby’ barunya. Hehe, baby yang dimaksudkan bukan anak ya sebab Imran Ajmain masih lagi single dan still available. Baby… dalam kata lain, sebuah album yang khabarnya konsep yang berbeza dengan album sebelumnya. Tu yang buat Imran sikit nervous sebab konsep dia lebih evergreen dan bergenre 50an dan 80an. Jadi, rasanya album ni akan diminati oleh pakcik makcik kita juga.

Budiey dapat tahu Imran Ajmain akan jadi artis lelaki pertama di bawah Metadome… ofis tempat Budiey bekerja dulu. Tahniah, Imran Ajmain!

Imran Ajmain menggayakan baju Melayu yang ditempah dari Jakarta.

Minggu depan Imran Ajmain akan berada di Sarawak untuk show dan Isnin depan akan ada show di The Zone KL.

Sekarang, Imran baru menghabiskan 4 buah lagu. Hanya tinggal 6 buah lagu lagi untuk disiapkan. Perjalanan masih jauh lagi katanya. Namun, apa yang penyanyi kelahiran harapkan album ini akan dapat diisiapkan penghujung tahun ini. Imran tak sabar nak kasi Budiey dengar lagu terbarunya… Masa Anniversari GUA hari tu, Budiey dah dengar salah satu lagu baru Imran berjudul Selamat Ulangtahun Sayang yang ditulis bersama Ahmad Fedtri Yahya. Boleh tahan jugaklah. Tapi macam biasa, nak kena dengar banyak kali. Sebab masa tu, Imran Ajmain nyanyi dengan iringan unplugged gitar. Rugi Budiey tak record masa tu.

Samada berhantu macam Seribu Tahun, kenalah kita tunggu. Bercakap pasal Seribu Tahun, lagu Imran Ajmain yang menjadi lagu tema Kerana Cintaku Saerah ini turut dimuatkan dalam album CHERITA, sebuah kompilasi album runut drama dan filem.

Mengenali Imran Ajmain, Budiey rasa dia terlalu clean dan rimas dengan gossip yang tidak elok tentang dirinya. Macam nilah baru bagus. Imran seakan mahu dikenali dengan produk yang bermutu, bukan dikenali dengan gossip dan kontroversi yang sebu!

Namun, Imran tetap mencetuskan kontroversi apabila ada media dari Singapura mendakwa yang Imran tidak mengenang jasa mereka. Imran juga dicop artis lupa daratan? Imran Ajmain sekaligus tak dapat terima dakwaan ini sebab baginya, Singapura tidak punya periuk nasi yang luas untuknya melebarkan sayap seninya. Dan baru-baru ini, ada kes yang cakap Imran Ajmain digossipkan kononnya bergaduh dengan Sleeq, artis duo berkumpulan yang telah lari dari genggaman Imran dan masuk join KRU Studios. Macam-macamlah…

Siang tadi, Budiey sempat chit chat bersama Imran Ajmain…

Budiey: Imran, bila you balik Singapore untuk beraya? Seronok raya tahun ni?

Imran: I balik tiga hari sebelum Raya. Well, famili saya hanya ada empat orang. Tahun ini, my sister tak balik dari Belanda. Jadi, tinggal kami bertiga sahaja. Lepas solat raya, I cuma lepak kat depan TV aje.

Budiey: Masa pagi raya tu, ada tak you terkenangkan kenangan pahit yang menyentuh hati?

Imran: Yang pahit tu takde. Well, I rasa ramai orang setuju kalau I cakap raya tu jauh lebih memorable masa kita kecil. Tetapi bagi I, yang paling seronok adalah masa zaman remaja. Alah… masa kecil tu duit raya kan jadi komoditi yang sangat hebat… When i was a kid, S$2 was the trend.. Singapore baru saja start producing duit syiling $1..

Budiey: Juadah yang you suka makan masa raya?

Imran: Biasanya I suka makan rendang masakan my mother. Kalau kuih raya, I suka kek lapis, juga dimasak oleh my mum. Tapi tahun ini ada beza sikit. Sebab time bulan puasa, I seronok ada show kat Alor Setar, Penang, Johor, Sg Petani dan Melaka.  I beli kuih yang pelik-pelik tak dapat jumpa kat Singapore!! Ada yang nama dia Cakar Ayam, kuih beras…

Budiey: Hahaha

Imran: Kenapa you gelak? I macam jakun tengok kuih-kuih tu.

Budiey: Unikkan?

Imran: Lagi-lagi first time pi bazar raya kat sana… kalau kat KL, ada Jalan TAR.. kat Singapura, ada Geylang Serai. I dapat rasa 1st day puasa kat Singapore, kat Geylang Serai sebab shooting iklan F&N arahan Aaron Aziz. Tapi jalan TAR jauhh 100x lagi besar!!!! I cari butang baju jer 1 jam lebih!!!

Ini dia video klip tu.

 

Budiey: Berapa pasang baju raya tahun ni?

Imran: Baju I ada 5 pasang.. 2 sendiri punya.

Budiey: Eh, Budiey suka baju masa anniversari GUA, mana you beli?

Imran: I tempah kat Jakarta. Actually as a XXL… nak bergaya dengan apa yang ada kat kedai tu tak puas hati lah.

Budiey: Wow, no wonderlah. Cantik! Definisi raya dari kaca mata you?

Imran: I ada sikit tak setuju dengan mereka yang meminta maaf hanya pada hari raya. Sebab kalau boleh kita semua nak jauhkan diri dari buat salah pada orang.. So, minta maaf tu tidak sepatutnya setahun sekali.. hehehe.

Budiey: Ucapan untuk pembaca sensasi selebriti?

Imran Ajmain: Saya sangat bertuah nama saya selalu disebut-sebut dalam blog Sensasi Selebriti. Hari Raya ada makna istimewa bagi saya sebab Imran mula menyanyi di Malaysia pada Hari Raya tahun lalu semasa Kerana Cintaku Saerah baru habis tayangan. Pejam kelip mata, sudah pun setahun, dan kini album baru pula on the way. Harap kenangan manis Raya seperti ini jadi tanda ingatan supaya sentiasa berterima kasih kepada peminat dan pihak media, bersyukur kepada Allah.

Kalau korang nak tahu, Imran Ajmain tinggal di Bukit Antarabangsa dan rumahnya berdekatan dengan rumah Dato’ Siti Nurhaliza. Kata Imran, kadang-kadang kalau pass by, I hope to get a glimpse hahaha…

Peminat Siti Nurhaliza jugak rupanya!

kredit: Imran Ajmain

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

VIDEO BOB NYANYI LAGU RAYA DI MAJLIS BERBUKA BLU INC

Profile Kumpulan Coda Artis Baru Siti Nurhaliza Productions