in

Impian 12 Kanak-Kanak Di Atas Trek F1

IMPIAN 12 KANAK-KANAK DI ATAS TREK F1

Program kolaborasi TV3 bersama Sepang International Circuit (SIC) bakal merealisasikan impian 12 kanak-kanak bertuah yang berusia bawah 12 tahun untuk bertemu dengan pemandu-pemandu terkemuka Formula 1 (F1) seperti Sebastian Vettel, Lewis Hamilton, Jenson Button, Fernando Alonso dan ramai lagi pada hari Ahad ini, 25 Mac 2012 bertempat di Formula One Petronas Malaysia Grand Prix.

Baru-baru ini, TV3 Kids dengan kerjasama Sepang International Circuit Malaysia telah menganjurkan pertandingan melukis khas untuk kanak-kanak yang meminati sukan F1.

Pertandingan melukis yang bertemakan ‘F1 artwork’ ini, memerlukan para peserta untuk melakar gambar kereta F1, litar F1, pasukan F1 dan pemandu F1 yang mereka minati.

Barisan Juri, Mohd Azri Badri mewakili TV3 dan Puan Hannah Yong mewakili SIC

Barisan Juri, Mohd Azri Badri mewakili TV3 dan Puan Hannah Yong mewakili SIC

Bagi sesi saringan pertama yang berakhir pada hari Rabu lepas (14 Mac 2012), para peserta dikehendaki untuk menceritakan secara ringkas mengenai lukisan mereka selama lima minit dengan bantuan props, diiringi muzik dan lengkap dengan kostum. Seterusnya para peserta dinilai melalui kebolehan mereka dalam berkomunikasi semasa sesi bercerita mengenai lukisan mereka.

Selain itu, para peserta diminta untuk menyediakan dua bentuk soalan berkaitan F1. Peserta dipilih melalui borang penyertaan menerusi laman sesawang SIC, www.sepangcircuit.com. Di antara 100 penyertaan yang diterima, hanya 20 orang peserta layak untuk ke pusingan kedua.

Saringan terakhir telah diadakan pada 17 Mac 2012, bertempat di Sri Pentas TV3, Bandar Utama untuk menentukan siapakah 12 orang pemenang bertuah yang bakal menerima habuan yang telah dijanjikan. Berikut adalah senarai nama pemenang beserta pasukan F1 yang bakal ditemuramah oleh pemenang yang terpilih:

1 Teoh Ting Hao HRT
2 Sean Antonius Yap Williams
3 Jeriel Ding Kai Shen Caterham
4 Farah Hana Binti Kamarul Azhar Sahara Force India
5 Muhammad Ilman Adam B. Sabaruddin Sauber
6 Ahmad Daniel Bin Roslan Red Bull Racing
7 Muhammad Hafiy bin Razaidi Vodafone McLaren Mercedes
8 Nur Aisyah Bt Mohd Sharizal Scuderia Ferrari
9 Azizul Rahim Bin Rostam Affendi Mercedes Amg Petronas
10 Louis Fong Jin Scuderia Torro Rosso
11 Awatif Bt Md Zulkeple Marussia
12 Raj Dev Kaur Sekhon Lotus

Dari segi pengadilan, Puan Hannah Yong, Ketua Pegawai Pemasaran, Sepang International Circuit dan En. Mohd Azri Badri, Pengurus, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 & TV9 (KIDS) telah sudi meluangkan masa melunaskan tanggungjawab sebagai barisan juri untuk saringan terakhir ini. Para pemenang yang dipilih oleh pihak juri bukan sahaja berpeluang untuk menemuramah pemandu F1 yang sememangnya idola jutaan peminat sukan lumba kereta, malah turut diberikan dua tiket Grand Stand beserta cenderahati eksklusif F1.

Menurut En. Mohd Azri Badri, Pengurus, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 & TV9 (KIDS), “Penganjuran pertandingan ini adalah sebagai tanda penghargaan kami terhadap penonton muda dan cilik yang sentiasa setia mengikuti rancangan dan program TV3. Ini juga merupakan platform yang sesuai bagi merealisasikan impian mereka terutamanya yang amat meminati sukan Formula 1 (F1). Jika sebelum ini mereka hanya dapat melihat pelumba-pelumba hebat dan terkenal seperti Kimi Räikkönen, Felipe Massa, Michael Schumacher, Lewis Hamilton, Sebastian Vettel dan ramai lagi hanya di kaca televisyen, kini mereka di antara yang bertuah berpeluang bertemu dan beramah mesra bersama pelumba-pelumba tersebut.”

Hasil Lukisan Peserta Yang Layak Ke Separuh Akhir

Hasil Lukisan Peserta Yang Layak Ke Separuh Akhir

12 Orang Peserta Bertuah Yang Berjaya

12 Orang Peserta Bertuah Yang Berjaya

Senarai Cabutan Peserta Dan Pasukan F1

Senarai Cabutan Peserta Dan Pasukan F1

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Program Majalah Fesyen Labuci di TVi

Malam Media Red Box 2011 Happening