in , ,

Impak Muncul di ICYVM 2, Arm Yunus Lancar Single BERTEMU

Walaupun sudah 10 tahun tidak aktif dalam industri hiburan tanah air selepas kali pertama menghasilkan single pertama pada 2009, minat dan cinta terhadap dunia nyanyian tidak pernah padam dalam diri jejaka berusia 32 tahun ini.

Pembabitan dalam program I Can See Your Voice Malaysia musim kedua (ICYVM) tahun lalu dan bergelar finalis Top 4, memberikan sinar baharu buat Arm Yunus untuk kembali mewarnai dunia nyanyian. Dia sekali gus mahu membuktikan kelebihan dan bakat yang ada dalam diri tidak boleh dipersiakan begitu saja. Maka dengan itu lahir single Bertemu hasil ciptaan komposer, Alfie Alwi dan lirik oleh Shah Shamshiri. 

Menariknya, lagu berentak balada yang dilancarkan secara rasmi di semua platform digital muzik dan serentak dengan video muzik pada 22 Mei lalu itu diedarkan syarikat rakaman terkenal, Universal Music Malaysia.

Arm Yunus atau nama sebenarnya Muhammad Syamsul Idzham Mohd Yunus berkata, penghasilan single itu diibaratkan satu perjudian nasib untuknya terus kekal dalam bidang muzik.

“Timbul idea merakamkan lagu baharu selepas beberapa tahun iaitu selepas single pertama pada 2009.

Waktu itu saya baharu habis belajar, jadi saya lebih fokus pada pekerjaan bidang yang saya ambil di universiti.

Sepanjang tempoh itu, saya ada juga mencuba pergi uji bakat dalam beberapa program reality, tapi tak ada rezeki.

“Sehingga tahun lalu, saya sekadar nak mencuba program ICYVM, alhamdulillah dari situ saya terpilih sampai ke peringkat akhir Top 4. Sejak itu juga saya nampak bakat mendapat sambutan orang ramai dari segi peningkatan ‘followers’ di Instagram dan komen positif diberikan.

“Saya berasakan ini masa terbaik untuk mencuba sekali lagi untuk keluarkan single. Walaupun bukan di bawah mana-mana syarikat rakaman, sebaliknya ia hasil terbitan sendiri.

Jadi, saya bertekad untuk fokus dengan cuba memberi peluang pada diri untuk masuk ke industri seni,”

– Arm Yunus
Arm Yunus

Bercerita lanjut mengenai single itu, Arm yang kini bertugas sebagai Juru Xray di sebuah pusat perubatan ibu negara berkata, lagu itu kena dengan jiwa selain komposer yang juga kawan lama itu cukup memahami dirinya.

“Penghasilan single ini bermula dengan berjumpa komposer pada Januari lalu. Sebulan selepas itu kita mulakan proses rakaman dan ia mengambil masa sehari.

Tidak lama selepas itu, pada Februari saya berbincang pula dengan produksi untuk menyiapkan video muzik.

Ikut perancangan asal nak keluarkan lebih awal, tapi disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jadi ia tertangguh sehingga dapat dilancarkan pada 22 Mei lalu.

“Proses nak mencari single ini saya ada bertemu dengan beberapa komposer lain. Kemudian saya terfikir ada kawan seorang komposer iaitu Alfie Alwi, kenapa tidak cuba bertanya pada dia.

Kebetulan Alfie kata dia ada lagu yang sesuai dengan saya. Disebabkan kami sudah kenal lama, jadi dia tahu jiwa saya macam mana.

Selepas dengar, saya berasakan lagu ini masuk dan kena dengan jiwa saya,”

– Arm Yunus

Ditanya mengenai keberaniannya menerbitkan single dengan kos sendiri, Arm yang juga penyanyi sambilan di kelab dan restoran tetap optimis dengan keputusan dibuat.

“Saya berani ambil risiko keluar kos sendiri dan ia ibarat perjudian. Kalau jadi, jadilah.

Kalau tak single ini akan terkubur saja. Mugkin kerana minat terhadap nyanyian semakin tinggi dan bertambah, apatah lagi dengan adanya platform yang saya dapat dari ICYVM hingga dapat sambutan, sebab itu terfikir saya perlu keluarkan single.

“Bagi saya inilah peluang untuk mencuba sekali lagi. Jadi atau tak, belakang kira. Apa yang penting saya puas hati sebab hasil titik peluh sendiri.

Kenapa tak tunggu tawaran syarikat rakaman, mungkin tempoh menunggu buat peluang saya semakin rendah.

Sebab dalam industri ini kita kena bertindak pantas. Di luar sana ada ramai lagi artis yang mencuba dalam bidang ini.

Dalam masa sama, sama juga mendapat sokongan keluarga dan kawak-kawan.

“Harapan saya semoga single ini berjaya dan dapat sambutan orang ramai. Saya berharap juga single ini menjadi titik mula untuk menapak semula dalam industri seni dan dapat mengetengahkan lagi bakat saya.

Insya Allah, single menjadi atau tak, saya akan terus mencuba menempatkan diri dalam indusri seni,”

– Arm Yunus

Lagu Bertemu boleh distrim di semua platform digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX dan Deezer.

Video muzik rasmi Bertemu juga boleh ditonton di saluran Universal Music Malaysia.

Arm Yunus
Arm Yunus

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tom Hanks 2020 | 23

Filem GREYHOUND Lakonan Tom Hanks Bakal Ditayangkan di Apple TV+

Ejen Ali | 24

Primeworks Distribution Membawa Animasi Malaysia Ke Amazon Prime