in ,

Filem GREYHOUND Lakonan Tom Hanks Bakal Ditayangkan di Apple TV+

Filem GREYHOUND yang dibintangi aktor ternama, Tom Hanks dibatalkan tayangannya di pawagan seluruh Amerika Syarikat akibat pandemik Covid-19 yang melanda dunia.

Bagaimanapun, filem itu akan dilancarkan di platform penstriman, Apple TV pada 10 Julai ini. Menurut portal Variery, filem itu tidak akan disiarkan selamanya di saluran itu sebaliknya hanya tersedia selama tujuh bulan selepas dilancarkan.

Terdahulu, Greyhound dijadual menemui penonton di Amerika Syarikat pada 12 Jun lalu namun perancangan terbabit gagal akibat penularan Covid-19.

Greyhound

Difahamkan filem itu juga sebenarnya sudah beberapa kali ditangguhkan selepas kali pertama dijadual ditayangkan pada 8 Februari, kemudian dianjakkan ke 22 Mac sehinggalah ke 8 Mei.

Greyhound adalah filem drama yang mengisahkan perang dunia kedua. Filem ini diadaptasi dari novel, The Good Shepherd karya C.S. Foster yang dikeluarkan pada 1955.

Menerusi filem itu, Hanks memegang watak sebagai Kapten Ernest Krause. Dia adalah komandan kapal perang Angkatan Tentera Laut yang memimpin konvoi antarabangsa kapal sekutu melintasi Atlantik Utara untuk mengejar U-boat Jerman.

Bukan hanya sekadar berlakon, portal Variety turut memberitahu Hanks juga menulis naskhah filem itu berdasarkan novel berkenaan. 

Selain Hanks, filem arahan Aaron Schneider itu turut dibintangi Elisabeth Shue, Rob Morgan dan Stephen Graham.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Risteena | 16

Nur Risteena Munim & Isa Khan Rancang Nikah November atau Disember 2020

Arm Yunus | 17

Impak Muncul di ICYVM 2, Arm Yunus Lancar Single BERTEMU