in ,

IM Nazrul Berkolaborasi Bersama Shidee Khayran dalam Single SEMBUNYI LARA

Setelah agak lama menyepi kini IM Nazrul membuat comeback dengan single terbaru berjudul Sembunyi Lara yang kini boleh ditonton dan didengari di Youtube.

IM Nazrul yang terkenal dengan watak Amir dalam drama warkah cinta pada tahun 2012 telah berpadu suara bersama salah seorang anggota kumpulan nasyid Khayran iaitu saudara Shidee.

“Alhamdulillah single terbaru kami ni baru saja dilancarkan melalui channel you tube Inteam Digital. Saya harap lagu Sembunyi Lara ni boleh diterima oleh setiap lapisan masyarakat. Bagi yang belum berkesempatan dengar, kena dengar. Rugi sangat kalau tak dengar. Yang dah dengar kena share pulak dengan kawan kawan serta ahli keluarga. Lebih lebih lagi kepada peminat saya yang selama ini selalu tanya, bila nak buat come back, bila nak buat come back. So I’m here now. Dan satu jer saya nak komen, lagu ni memang terbaik in Shaa Allah.”

Begitulah respon IM Nazrul yang merupakan naib johan program realiti imam muda musim kedua.

Ditanya mengenai pengubah lagu Sembunyi Lara ini, ustaz Huri yang baru berjinak jinak dalam dunia penciptaan lagu menjelaskan.

“Lagu ini saya hasilkan dalam perjalanan menuju kuliah maghrib. Alhamdulillah, Allah bagi ilham masa tu. Lirik asal adalah dalam bentuk poem yang diilhamkan oleh ayah kepada arwah Luqman. Saya olah sikit lirik tu bagi kena dengan irama. Agak mencabar juga sebab bukan senang nak dapatkan mood yang betul betul boleh menyentuh perasaan. Tapi Alhamdulillah dengan izin Allah terhasillah apa yang ada pada para pendengar sekarang”

IM Nazrul Berkolaborasi Bersama Shidee Khayran dalam Single SEMBUNYI LARA

Ustaz Huri pernah mengubah lagu dan lirik yang berjudul Tahabba Fillah yang  mana lagu tersebut menjadi juara carta ekspresi radio Ikim suatu ketika. Berduet bersama saudara Shidee Khayran.

” Lagu ni adalah kisah benar yang dilalui oleh kenalan saya abang Ali yang kehilangan anak akibat kanser usus. Pada saya kekuatan lagu ni betul betul terletak pada melodinya, ditambah pula dengan lirik yang saya kira kena dengan irama. Saya yakin in Shaa Allah sapa saja yang dengar pasti akan rasa sesuatu, syahdu dan menyentuh perasaan. Terutama pada mereka yang pernah kehilangan orang tersayang. Memang terasa sangat. Jawab saudara Shidee Khayran berkenaan single yang baru dilancarkan ini.

IM Nazrul Berkolaborasi Bersama Shidee Khayran dalam Single SEMBUNYI LARA

Khayran adalah kumpulan nasyid yang ditubuhkan pada tahun 1997 di Maktab Mahmud Alor Star. Dianggotai oleh 4 orang ahli yang mana mereka sebelum ini pernah mengeluarkan sebuah single ciptaan Bazli Unic bertajuk Cinta Sejati.

“Saya sangat berbesar hati dan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada team ustaz Huri yang bertungkus lumus menyiapkan lagu ini. Begitu juga kepada pihak inteam yang sudi menerima lagu ini untuk diletakkan di channel you tube mereka. Bukan senang nak dapat, perlu melalui proses QS dan sebagainya. Tak sangka maa Shaa Allah. Bila anak saya meninggal pada 31 Januari awal tahun hari tu, saya nukilkan dalam bentuk sajak apa yang dia lalui. Saya tahu anak saya ni sakit yang teramat sangat, sebab kanser usus tu dah merebak ke hati serta tulang tengkuk. Walaupun begitu dia tak tunjuk kesakitan tu. Sebab dia taknak kami ahli keluarga rasa susah sama. Sebab tu lah tajuk lagu ni sembunyi lara. Di samping itu lagu ni juga saya kira sesuai dengan situasi pandemik covid sekarang ni di mana ramai di kalangan kita yang kehilangan orang tersayang. Sebab tu dalam lirik lagu ni ada perkataan ‘wira,’ kerana nak kaitkan juga dengan situasi semasa.”

Demikian cerita saudara Ali berkenaan sedikit sebanyak lagu Sembunyi Lara.

Kini lagu Sembunyi Lara sudah berada di semua platform digital dan YouTube Inteam Digital kata Shidee mengakhiri perbualan 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Akim Ahmad & Stacy Tubuhkan Kumpulan DUNYA Pertaruhkan Sharul Kamal Sebagai Vokalis

Bob Lokman Mohon Doa Orang Ramai, Kini Dirawat di CCU Hospital