in ,

Episod Ikon Hafiz Suip Seiras Seirama Cetus Tanda Tanya

Episod Ikon Hafiz Suip bagi program Seiras Seirama mencetuskan tanda tanya buat penonton apabila keputusan bagi segmen terakhir iaitu ‘segmen Caras Mencaras’ yang sepatutnya menyaksikan Ikon Hafiz Suip memilih seorang peserta sebagai juara episod tidak diumumkan.

Ismail Azren Al Bakri bin Ishar, 23 tahun (Selangor) dan Ahmad Shukri bin Zakaria, 23 tahun (Selangor) telah dipilih sebagai dua peserta terbaik dalam kalangan empat peserta untuk ke segman Caras Mencaras. Sepakat untuk memilih lagu Noktah Cinta nyanyian Hafiz sebagai lagu penentuan pemilihan juara episod, kedua-dua mereka tidak beri muka apabila masing-masing memberi persembahan yang cukup sengit.

Untitled

Seiras Seirama Episod Kedua Tampilkan Elemen Kejutan

[dropcap]M[/dropcap]engulas mengenai episod pada minggu ini, Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad berkata, “Bagi episod kali ini, keputusan juara episod hanya akan diketahui pada episod Seiras Seirama akan datang. Ianya sedikit berbeza dengan episod pertama di mana juara episod diumumkan sejurus selepas segmen Caras Mencaras berakhir. Perkara ini sudahpun dirancang lebih awal dan ia bertujuan untuk membangkitkan lagi rasa keterujaan penonton untuk mengetahui siapakah pemenangnya.

Episod kali ini menampilkan Ikon Hafiz Suip yang juga merupakan ikon termuda dalam kalangan ikon Seiras Seirama yang lain. Sungguhpun begitu, pencapaian beliau dalam industri muzik sangat membanggakan di mana beliau pernah meraih beberapa anugerah utama dalam anugerah muzik tempatan. Justeru, tidak hairan apabila ramai anak-anak muda menjadikan Hafiz sebagai idola dan sumber inspirasi mereka”.

Empat orang peserta iaitu Muhamad Hasif bin Mansor, 22 (Kedah), Ismail Azren Al Bakri bin Ishar, Ahmad Shukri bin Zakaria dan Zaihidin bin Abdul Rahman, 23 (Sarawak) membuat penampilan sulung mereka di pentas Seiras Seirama menerusi nyanyian lagu ‘Watak’ di mana mereka berganding bahu bersama Hafiz Suip menyanyikan lagu tersebut di sebalik tirai. Persamaan vokal keempat-empat mereka menyukarkan penonton untuk meneka yang mana satukah pemilik sebenar suara pelantun lagu itu.

Ikon Hafiz Suip Umum Peserta Pilihan Beliau Pada Episod Akan Datang

[dropcap]M[/dropcap]enariknya, Ikon Hafiz Suip bukan sahaja mempunyai klon dari segi vokalnya malah wajah dan penampilannya. Gamat suasana tatkala seorang pemuda bernama Azmawiwan, 20 (Selangor) yang memiliki rupa dan gaya mirip Hafiz tampil membuat penampilan istimewa di pentas. Pemuda ini pernah mencuri perhatian Hafiz dengan persamaan wajah beliau apabila penyanyi itu melihat gambar-gambarnya di laman Instagram suatu ketika dahulu.

Siapakah pemenang bagi episod Ikon Hafiz Suip? Siapa pula ikon yang akan ditampilkan bagi episod Seiras Seirama yang akan datang? Jangan lupa saksikan episod ketiga Seiras Seirama yang bakal menemui penonton pada hari Ahad (3 Januari 2016), jam 9.00 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123). Jangan ketinggalan!

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mira Filzah Pikat Hati Adi Putra dalam CINTA SI WEDDING PLANNER

TV1 Siar Program Simfoni Alam KONSERVASI GAJAH