in ,

IKHLAS Perkembang Perkhidmatan Sedekah ke Seluruh Negara

Kini dana boleh dikumpul dengan lebih mudah untuk membantu mereka yang memerlukan

IKHLAS, cabang perniagaan mesra-muslim airasia Digital hari ini melancarkan kempen ‘Baik Pulih’ melalui platform perkhidmatan Sedekah untuk membantu membina semula dan mendigitalkan komuniti yang terjejas. Platform ini juga selamat dan terjamin untuk pelbagai organisasi mengumpul derma bagi membantu mereka yang memerlukan dan pada masa yang sama, menghubungkan orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan.

Pelbagai organisasi seperti Badan Bukan Kerajaan (NGO), rumah kebajikan, persatuan, rumah ibadat dan sekolah di seluruh negara kini boleh mengumpul derma dan menyenaraikan inisiatif mereka dengan mudah di platform perkhidmatan Sedekah IKHLAS bermula hari ini. Platform ini juga terbuka untuk membantu pelbagai kempen lain termasuk bantuan kecemasan, tujuan amal, misi kemanusiaan, pendidikan, kesihatan dan kempen untuk membantu mereka yang memerlukan.  

Platform perkhidmatan Sedekah IKHLAS kini mempunyai lebih 70 kempen derma yang aktif dari Badan Bukan Kerajaan, rumah amal, sekolah, masjid dan banyak lagi. Antara organisasi yang kini sedang mengumpul derma di platform ini termasuk Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR) Kuala Lumpur untuk membantu pelarian, Persatuan Organisasi Villa Harapan Melaka untuk membantu komuniti yang memerlukan dan orang kurang upaya, Maahad Tahfiz Imam Syafie (MATIS) untuk membantu sekolah dan memberi bantuan kewangan kepada pengusaha Persatuan Bas Sekolah di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur serta banyak lagi.    

Ikhlas Perkembang Perkhidmatan Sedekah Ke Seluruh Negara

Mereka yang ingin mengumpul dana boleh mendaftar di sini dan setiap permohonan akan disemak dengan teliti untuk memastikan mereka memenuhi kriteria yang telah ditetapkan. Proses pendaftaran akan mengambil masa 7 hari.  

Ikhlas Kamarudin, Ketua IKHLAS berkata, “Kami telah bekerjasama dengan pelbagai badan bukan kerajaan, rumah kebajikan, masjid dan ramai lagi. Sepanjang menjalankan perkhidmatan sedekah ini, kami menyedari bahawa ramai yang masih bergantung kepada keluarga, rakan-rakan atau orang awam untuk menghulurkan bantuan, terutamanya pada masa yang sukar ini berikutan pandemik semasa. Kini, melalui platform perkhidmatan Sedekah IKHLAS, mereka boleh menguruskan kempen derma sepenuhnya dan pada waktu yang sama, menghubungkan mereka yang memerlukan bantuan dengan mereka yang ingin menghulurkan bantuan. Platform ini menawarkan satu perkhidmatan yang lancar dan selamat.   

“Platform Sedekah ini ditawarkan untuk memudahkan serta menyediakan akses kepada organisasi yang ingin mengumpul derma dan membantu mempromosi kempen mereka kepada berjuta-juta pengguna airasia Super App yang mungkin boleh menghulurkan bantuan. Setiap kempen boleh dijalankan dengan hanya beberapa langkah mudah melalui platform kami dan kutipan derma akan dikreditkan sepenuhnya ke dalam akaun organisasi tersebut dengan kaedah pembayaran pilihan mereka. Adalah harapan kami untuk membantu lebih ramai orang yang memerlukan terutamanya organisasi-organisasi yang tidak mempunyai akses platform dalam talian. Marilah kita berganding bahu dan menderma kepada mana-mana kempen pilihan anda di ikhlas.com/sadaqah, aplikasi IKHLAS atau airasia Super App.” 

Sejak ditubuhkan pada tahun lalu, perkhidmatan Sedekah IKHLAS telah mengumpul lebih RM3.7 juta dana yang telah membantu lebih 34,000 buah keluarga. Inisiatif derma awam dalam talian ini juga telah membantu pelbagai komuniti melalui kempen bantuan khas seperti IKHLAS untuk Sabah, IKHLAS untuk Palestin dan bantuan yang dijalankan pada setiap minggu pada hari Jumaat di seluruh negara. 

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif akan datang, layari ikhlas.com, atau laman sosial di Instagram @ikhlasdotcom dan Facebook ikhlasdotcom

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hattan | 23

Hattan Terpaksa Buat Report Polis, Rupanya Ramai Yang Terkena Sama Macam Dia

Gensan Punch Hbo | 24

New HBO Asia Original GENSAN PUNCH Gets World Premiere & Award Nomination at Busan