in , ,

Hattan Terpaksa Buat Report Polis, Rupanya Ramai Yang Terkena Sama Macam Dia

Penyanyi terkenal, Dato’ Hattan tampil membuat laporan polis berikutan aplikasi WhatsApp miliknya telah digodam dan melakukan penipuan dengan meminta duit daripada kenalan yang terdapat dalam telefon bimbit.

Rasa bengang dan sakit hati… itu yang dirasakan Datuk Hattan apabila namanya digunakan individu tidak bertanggungjawab bagi memperdaya orang ramai.

Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin, 57, menyedari identitinya digunakan sindiket penipuan dengan tujuan meminjam wang daripada kenalan di aplikasi WhatsApp.

“Saya dapat tahu perkara ini selepas salah seorang kawan bertanya sama ada betul atau tidak saya mahu meninjam wang daripadanya… saya kata tidak ada. Dia cakap mesej yang dia terima itu menggunakan gambar saya.

“Dari semalam saya sakit hati tak sangka jadi mangsa seperti ini,”

– Hattan

Orang yang menggodam WhatsApp tersebut dipercayai telah meminta semua kenalan dalam nombor peribadinya agar menyumbangkan antara RM200 dan RM300 setiap seorang.

Terdahulu, Hattan menerusi Instagram mendedahkan dia menjadi mangsa sindiket penipuan setelah indentitinya digunakan penyamar untuk meminta wang daripada kenalan rapatnya.

Enggan namanya terus tercalar disebabkan insiden itu, Hattan telah membuat laporan polis agar individu tersebut dapat ditahan dan tidak lagi memperdaya orang lain pada masa akan datang.

“Saya baru balik dari balai buat laporan polis kerana telefon saya kena hack. Mereka guna nama dan gambar saya.

“Habis semua kawan-kawan saya terima mesej dari satu nombor telefon yang menggunakan muka saya mahu pinjam duit. Tapi saya dah maklumkan kepada semua tentang scam ini,” katanya.

– Hattan

Dalam pada itu, penyanyi Gadis Jolobu ini turut menyarankan orang ramai supaya menyemak lebih teliti apabila menerima mesej untuk meminjam wang biarpun daripada individu dikenali.

“Kadang-kadang dalam keadaan yang sibuk kita tidak fokus… jadi apabila ada orang mesej macam itu kita akan terus beri bantuan.

“Saya juga disarankan oleh pihak polis untuk memuat turun aplikasi Semak Mule di telefon supaya bila ada nombor yang tidak dikenali, kita boleh semak siapa yang menghubungi kita,” katanya.

– Hattan

Terdahulu, Hattan bukanlah selebriti yang pertama dipergunakan untuk tujuan penipuan seperti itu malah artis tempatan lain seperti nombor telefon pelakon senior Mubarak Majid juga pernah digodam teruk sehingga mengalami kerugian ribuan ringgit.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ismail Sabri Menteri Pertahanan | 23

PM Ismail Sabri Beritahu Bila Tarikh Duit Bantuan Prihatin Rakyat Masuk Dalam Bank

Tony Fernandes Airasia 2020 | 24

IKHLAS Perkembang Perkhidmatan Sedekah ke Seluruh Negara